[VIDEO] Jokowi tenang makan sate kambing, nikmati masa senggang lepas tak lagi jadi Presiden Indonesia


  • Benua
  • Rabu, 23 Okt 2024

Jokowi menikmati sarapan dengan tenang tanpa sebarang pengawalan ketat sekitar Sukoharjo, Indonesia pada Rabu.

SELEPAS memegang jawatan Presiden Indonesia sepanjang dua penggal, Joko Widodo akhirnya melepaskan peranan itu dengan ia kini dipikul Prabowo Subianto bermula Ahad lalu.

Kelibat Joko Widodo atau turut dikenali dengan panggilan Jokowi sudah tentu akan dirindu penduduk di negara republik berkenaan kerana sepanjang 10 tahun pemerintahannya, pelbagai perubahan dapat disaksikan.

Meskipun beberapa kali terpalit dengan isu dan kontroversi, anak kelahiran Surakarta, Indonesia itu masih merupakan figura bersejarah yang sudah membawa kemajuan buat negara berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Jokowi terkedu, lelaki tarik lengan mengadu gaji tertunggak 6 tahun

BACA LAGI: [VIDEO] Cuba mendarat tengah padang, helikopter pengiring Presiden Jokowi tak pasal-pasal runtuhkan tembok stadium

Namun, Jokowi seperti tidak terlalu merindu dengan pengakhiran kepada tempoh pemerintahannya kerana baru-baru ini, dia meluangkan masa menikmati sarapan di sebuah kedai makan sekitar Sukoharjo, Solo.

Perkara itu dikongsikan sendiri ahli politik berusia 63 tahun berkenaan di akaun Instagram peribadinya memaparkannya bersenang-lenang di samping isterinya, Iriana.

"Saya meluangkan masa menikmati sate kambing 'Mas Di' di Kartasura di daerah Sukoharjo bersama Iriana. Tukang masak ini selalu mengingatkan saya dengan kampung halaman," tulisnya.

Dalam video berkenaan, Presiden ketujuh Indonesia berkenaan segak mengenakan kemeja berwarna putih sementara isterinya juga kelihatan selesa memakai busana sederhana.

Menariknya, Jokowi tidak diiringi pihak keselamatan dengan ia memaparkan rakyat Indonesia masih menerima kehadirannya di kawasan awam meskipun tidak terkecuali daripada pelbagai isu.

Ini bukanlah kali pertama dia bersarapan mahupun menikmati juadah tengah hari di kawasan awam tanpa pengawasan kerana semasa di penghujung tempoh pemerintahannya, Jokowi beberapa kali berbuat demikian.

Sikapnya sebegitu sekali gus menceritakan sikap keterbukaannya terhadap warga Indonesia dengan ia perlu dicontohi figura politik seluruh dunia yang tidak mengira latar belakang seseorang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram