Warga emas di Jempol maut kemalangan ketika tunggang basikal elektrik depan sekolah


  • 112
  • Khamis, 17 Okt 2024

Warga emas berusia 85 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan muka.

SEORANG warga emas berusia 85 tahun meninggal dunia selepas dilanggar kereta semasa menunggang basikal elektrik di KM5 Jalan Bahau-Kemayan, Jempol, Negeri Sembilan pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hok, insiden berlaku ketika mangsa yang sedang melintas jalan dirempuh kereta dipandu seorang wanita berusia 55 tahun pada kira-kira pukul 5.50 petang.

"Pemandu tersebut, yang sedang dalam perjalanan pulang dari Bahau ke rumahnya di Ladang Geddes berlanggar dengan mangsa yang ketika itu di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahau.

BACA LAGI: Remaja 20 tahun tergamak rodok belakang ibu lepas datuk keluar rumah di Jempol

BACA LAGI: Lagi kes keracunan makanan, kali ini 15 pelajar SBP Jempol dirawat di wad

"Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang basikal elektrik itu meninggal dunia tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan muka," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Tambah Hoo, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Peraturan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu dan membahayakan.

Dia turut meminta saksi kejadian untuk tampil dan memberi kenyataan atau menghubungi pegawai bertugas bagi membantu siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram