Jenaka bom di lapangan terbang makan diri, pemandu lori di Tawau dihukum buat 360 jam khidmat masyarakat


Tertuduh dijatuhi hukuman 360 jam khidmat masyarakat selepas mengaku bersalah membuat gurauan jenaka berkaitan bom di Lapangan Terbang Tawau pada Julai lalu. — Gambar hiasan

MAKAN diri! Seorang pemandu lori berusia 39 tahun dijatuhi hukuman 360 jam khidmat masyarakat selepas mengaku bersalah membuat gurauan jenaka berkaitan bom di Lapangan Terbang Tawau pada Julai lalu.

Sabrie Nulsarie, dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Majistret Tawau pada Isnin selepas mengaku bersalah menyebabkan kekecohan orang ramai semasa kejadian di balai berlepas lapangan terbang pada 15 Julai.

Majistret Don Stiwin Malanjum memerintahkan individu terebut menyelesaikan empat jam khidmat masyarakat setiap hari selama tiga bulan selain dikenakan bon RM1,000 daripada penjamin tempatan.

BACA LAGI: [VIDEO] Budak lelaki nyaris terjatuh flat di Singapura, penjaga lepak dalam rumah dicekup

BACA LAGI: [VIDEO] Tak padan bawa motor, 3 remaja tekad bawa lari ampaian besar di Pasir Putih

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.15 petang pada hari berkenaan apabila Sabrie didakwa melontarkan kata "mungkin ada bom" ketika seorang pegawai polis sedang memeriksa bagasi seorang penumpang wanita.

Kenyataannya mencetuskan kebimbangan dan membawa kepada penahanan serta-merta. Tiada barang yang mencurigakan ditemui di dalam bagasi itu.

1932856

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat di tempat awam.

Sabrie didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat di tempat awam dengan niat untuk menimbulkan ketakutan atau kecemasan, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Penolong Supt Nur Intan Jamrin manakala Sabrie diwakili Jhessary P. Kang dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Peguam Sabrie membuat rayuan kelonggaran hukuman dikenakan dan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada lima anak kecil.

Mahkamah kemudian mengesahkan kerjasama tertuduh yang menjimatkan masa mahkamah.— The Star/SANDRA SOKIAL

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram