SEORANG penunggang p-hailing di Indonesia disyaki membawa lari makanan selepas menyerahkan gambar bungkusan pesanan tersebut kepada pelanggan.
Kejadian pada 21 September lalu itu bagaimanapun berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kediaman berkenaan sebelum dikongsikan di media sosial.
Berdasarkan klip tersebut, penunggang p-hailing itu pada awalnya meletakkan bungkusan plastik berwarna putih di pintu rumah pelanggan.
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
Dia kemudian dilihat mengambil gambar kononnya untuk menghantar bukti kepada pelanggan bahawa makanan tersebut sudah dihantar dengan selamat.
Sebaik mengambil gambar, dia mengambil semula plastik berkenaan dan meletakkannya kembali di atas motosikal yang ditunggangnya.
Berdasarkan maklumat awal dikongsikan, difahamkan seorang wanita membuat pesanan penghantaran makanan untuk anaknya yang kelaparan pada waktu malam.
"Seorang janda anak tiga memesan makanan dalam talian untuk anaknya yang meminta makan di tengah malam, tapi makanannya tidak sampai-sampai," katanya.
Bagaimanapun, lokasi sebenar kejadian itu masih belum dapat dikenal pasti.
Setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan mana-mana pihak sama ada pelanggan mahupun syarikat pengendali makanan berkaitan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram