SEORANG pelancong diselamatkan sepasukan anggota bomba selepas terjatuh dari Tebing Yingzui di Gunung Wuyi dekat Fujian, China dengan ketinggian kira-kira 10 meter (m).
Dalam kejadian pada 4 Mac lalu, sekumpulan pelancong difahamkan perlu melalui papan pejalan kaki (plank road) untuk melintasi kawasan yang sukar dilalui sebelum ke Skytrain.
Berdasarkan rakaman kejadian, lelaki berbaju hijau itu menjadi individu terakhir dalam kumpulan tersebut yang perlu melalui papan pejalan kaki tersebut.
BACA LAGI: Bukan kerana 'buatan orang', ini 3 sebab sebab kedai makan gagal tarik pelanggan
雨の後の登山が危険な理由
— 世界のインパクト映像 (@wadainotwi) October 8, 2024
Anak tangga yang licin dipercayai menjadi punca lelaki berkenaan tiba-tiba tergelincir lalu terjatuh ke bawah.
Papan pejalan kaki itu dibina di tebing dan hanya muat untuk seorang individu dalam satu-satu perjalanan selain tiada pagar keselamatan. Jalan itu sememangnya kelihatan sangat berbahaya.
Untuk rekod, papan pejalan kaki tersebut merupakan laluan menuju ke Skycar, sebuah lokasi tarikan pelancong yang sering dikunjungi mereka yang suka akan cabaran.
Kejadian itu sempat dirakam pelancong wanita yang berada di situ sebelum dimuat naik di media sosial.
Sementara itu, anggota bomba dilaporkan berjalan kaki ke tempat kejadian dan pasukan penyelamat turun ke dasar tebing menggunakan tali bagi menyelamatkan mangsa.
Mereka menemui lelaki tersebut dalam hutan kira-kira 10m dari laluan berkenaan.
Tangkap layar memaparkan lelaki berbaju warna hijau ketika melalui papan pejalan kaki.
Dia bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan hingga mengancam nyawa, tetapi kakinya cedera parah dan tidak mampu bergerak sendiri.
Setelah lebih enam jam menjalankan operasi mencari, pasukan penyelamat berjaya membawa lelaki tersebut keluar dari kawasan gunung dan menghantarnya ke hospital untuk rawatan lanjut.
Dalam video tersebut, para pelancong dilihat langsung tidak menitikberatkan ciri keselamatan yang mencukupi, selain berjalan terlalu rapat antara satu sama lain.
Mungkin ada yang mungkin pertama kali datang ke situ dan tidak memahami betapa bahayanya kawasan tersebut.
Dalam keadaan sebegini, sangat mudah untuk berlaku kemalangan. Oleh itu, pastikan anda tahu batasan ketika melawati sesuatu tempat terutamanya di tempat yang belum dikenali.
Pastikan kita mengambil langkah keselamatan yang mencukupi dan berhati-hati. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram