BANJIR antara bencana yang tidak dapat dielakkan lagi apabila ia berlaku hampir setiap tahun di Malaysia.
Dengan peningkatan kes banjir di seluruh Malaysia, pelbagai inisiatif diambil pihak kerajaan sebagai langkah berjaga-jaga buat penduduk terjejas.
Sebelum ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mengambil beberapa langkah penambahbaikan bagi mengurangkan impak kematian dan ekonomi serta kerosakan harta benda semasa berlakunya bencana banjir.
BACA LAGI: [VIDEO] ‘No risk no fun’, hobi ekstrem Hanif 'menurun' ke anak, takluk gunung Surabaya
Bencana banjir yang berlaku hampir setiap tahun di Malaysia. — Gambar hiasan/The Star
Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Ching Thoo Kim memaklumkan, ia termasuklah dengan meningkatkan bunyi siren amaran banjir di stesen pencerapan cuaca permukaan.
Katanya, ia dilaksanakan selepas mengambil iktibar daripada kejadian banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor tiga tahun lalu apabila siren kurang nyaring sehingga ada penduduk menganggapnya sebagai siren polis.
Tidak sekadar itu, beberapa penambahbaikan daripada aspek pemantauan dan penyelenggaraan terhadap pengaliran air di sungai atau longkang juga antara usaha yang giat dilaksanakan di kawasan terjejas banjir.
Pada 19 September lalu, JPS turut memperkenalkan inisiatif sementara bagi menangani risiko banjir besar dengan pelaksanaan Penghadang Banjir Mudah Alih (MFWB) di Taman Kinrara, Puchong, Selangor.
Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam negeri, Ng Sze Han berkata, MFWB akan dipasang di sebuah terowong di bawah Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) terletak di antara Pangsapuri Kinrara Court, Taman Kinrara dan tebing Sungai Klang, Selangor.
MFWB yang sedang dipasang di kawasan Taman Kinrara. — Ng Sze Han
Bagaimanapun, terdapat alternatif lain yang mungkin lebih mudah dan boleh dilakukan oleh penduduk adalah dengan menggunakan papan pelindung banjir berbentuk L untuk menyekat aliran air.
Penghadang banjir mudah alih itu direka khas untuk melindungi harta benda daripada ditenggelami air serta mampu mengalihkan aliran air ke lokasi jauh daripada kawasan terjejas.
Alternatif itu juga tanpa disedari sebenarnya sudah diperkenalkan sejak 2018 lagi oleh peneraju industri peralatan kawalan banjir iaitu Flood Barrier Malaysia.
Ia merupakan bentu perlindungan terbaik yang boleh digunakan di jalan raya, empangan air, sungai, bangunan atau kawasan perumahan bagi sebagai langkah mengurangkan risiko bahaya ketika banjir melanda.
Antara kelebihan alat tersebut adalah mudah dibawa, ringan, mesra alam serta tidak memerlukan ruang besar untuk menyimpannya.
Jika mahu dibandingkan dengan seguni pasir beratnya 20 kilogram (kg), setiap penghadang mempunyai berat kurang dari 10 kilogram (kg) sahaja.
Permukaan penghadang juga diperbuat dengan menggunakan teknologi moden serta bahan Akrilonitril Butadiena Stiren (ABS) sekali gus menghasilkan kekuatan tegangan lebih daripada 20 MPa dan kekuatan lenturan pula lebih 40 MPa.
Alat tersebut secara tidak langsung dapat menahan arus air yang melalui penghadang dan mampu berfungsi sebagai benteng sementara untuk menghalang air memasuki kawasan rumah.
Inovasi itu juga seharusnya dapat digunakan lebih meluas oleh masyarakat Malaysia terutamanya di kawasan kerap ditenggelami air atau banjir kilat seperti di Lembah Klang atau Kuala Lumpur. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram