[VIDEO] Leka tengok bangunan haram roboh di India, pengawal cedera terkena serpihan batu


  • Benua
  • Selasa, 01 Okt 2024

Pihak berkuasa bertindak meletupkan bangunan tersebut menggunakan bahan letupan. — Agensi

SEORANG lelaki mengalami kecederaan di kepala ketika asyik menyaksikan sebuah bangunan haram dirobohkan di Tasik Sangareddy, Andhra Pradesh, India, pada Khamis.

Menurut laporan media antarabangsa, kejadian itu berlaku apabila pihak berkuasa mengenal pasti sebuah struktur empat tingkat yang dibina di dalam tasik Malkapur dekat kampung Madhira, di bawah kawasan pentadbiran Kondapur.

Sekumpulan pegawai daripada jabatan hasil dan pengairan telah melawat lokasi tersebut pada Khamis.

BACA LAGI: Retak tulang belakang tak halang anak jati Johor tawan puncak ABC, sedang buat persiapan menuju EBC

BACA LAGI: 'Ratu contest' gemar doodle di malam hari, anggap lukisan terapi kesihatan mental

Disebabkan kenderaan dan jentera tidak dapat masuk ke dalam tasik, pihak berkuasa bertindak meletupkan bangunan tersebut menggunakan bahan letupan.

Mereka juga mendakwa sudah mengeluarkan notis kepada pemilik bangunan beberapa hari sebelum meletupkan premis itu.

Kesan letupan itu menyebabkan seorang pengawal di sebuah kawasan perumahan, hanya dikenali sebagai Gopal, mengalami kecederaan apabila serpihan daripada struktur tersebut terkena dirinya.

1

Pihak berkuasa mengenal pasti struktur empat tingkat yang dibina di dalam tasik Malkapur dekat kampung Madhira. — Agensi

Gopal kemudian dikejarkan ke hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan susulan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa memaklumkan bahawa semua langkah berjaga-jaga yang diperlukan diambil untuk memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Semua pegawai dan pekerja diarahkan untuk naik ke bangunan lain yang berdekatan dengan tasik, sementara proses tersebut berlangsung selama satu jam. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram