[VIDEO] Wanita pun boleh buat, inovasi mesin rumput di India wajar ditiru petani, pihak sekolah


  • Massa
  • Selasa, 01 Okt 2024

Teknologi mesin pemotong rumput di India yang dapat memudahkan kerja-kerja pembersihan terutamanya di kawasan luas. — Facebook

MELAKUKAN kerja pembersihan seperti memotong rumput kini menjadi semakin mudah dengan adanya bantuan daripada teknologi-teknologi canggih tanpa perlu mengeluarkan bajet atau kos tinggi.

Terdapat pelbagai jenis alat pemotong rumput dicipta dan dihasilkan di Malaysia yang boleh digunakan secara manual atau automatik.

Jika di Malaysia, kebiasaannya ramai menggunakan mesin elektrik dan berenjin dilengkapi sebatang bilah tajam untuk memotong rumput atau dedaun panjang dengan mudah.

BACA LAGI: [VIDEO] Tawar peluang kedua, Steven Sim bantu pelajar kurang cemerlang SPM sambung belajar ILP Perai

BACA LAGI: Bukan tiru stail semata-mata, dunia rock bantu pemuda OKU asal Taiping faham erti hidup sebenar

6327572273074127586

Mesin rumput jenis automatik dengan enjin kecil banyak digunakan di Malaysia. — Gambar hiasan

Alat tersebut juga kebanyakannya menggunakan jenis pisau rotari iaitu yang memusing pada arah mendatar.

Ada sesetengahnya dipasang dengan tali nilon dan digunakan khusus di kawasan berhampiran dengan batu, bangunan atau hiasan bagi mengelakkan sebarang kerosakan.

Mesin itu juga menggunakan daya tekanan kuat untuk menggerakkan bilah pisau sehingga menyebabkan rumput yang dipotong berterbangan di sekitar kawasan.

Pengguna kemudiannya terpaksa pula melakukan kerja tambahan iaitu menyapu dan mengumpulkan dedaun tersebut.

Justeru, penambahbaikan dilakukan dalam teknologi mesin pemotong rumput bagi menjimatkan masa dan tenaga kerja seperti sering digunakan di India.

Menerusi klip yang dikongsikan di Facebook PC Haji Razali Samad, reka bentuk mesin tersebut agak berbeza dan mempunyai ruang atau kapasiti untuk mengumpulkan rumput sudah dipotong.

Video itu turut menunjukkan ruang simpanan rumput yang besar serta menggunakan jenis pisau reel terdiri reel dan bedknife.

Pisau reel itu akan berputar sementara bilah panjang di bawah (bedknife) kekal di satu posisi dan menentukan ketinggian potongan.

Sistem tersebut sekali gus dapat membuat potongan rumput yang kemas dan sekata tanpa perlu bimbang ia akan bertaburan ke kawasan lain.

Dalam video sama, mesin yang dilengkapi dengan kemudahan pemegang itu secara tidak langsung membantu si pengguna mengendalikannya tanpa menggunakan tenaga yang banyak.

maxresdefault (5)

Teknologi mesin rumput seperti di India boleh digunakan untuk golongan wanita di Malaysia. — Gambar hiasan

Lebih menariknya apabila teknologi itu sebenarnya boleh digunakan oleh golongan wanita atau warga emas kerana tidak perlu membawa beban berat seperti mesin lain.

Teknologi itu bagaimanapun sudah diperluaskan di seluruh dunia termasuk Malaysia yang sesuai untuk kawasan luas seperti padang bola atau taman rekreasi.

Meskipun dijual dengan harga tinggi sehingga boleh mencecah RM1,000, tetapi ia merupakan pelaburan jangka panjang yang pastinya memberi kepuasan ketika melihat hasilnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram