[VIDEO] Cadang sistem ala-ala filem 'The Purge' demi selesai kes jenayah, Donald Trump terima kecaman di AS


  • Benua
  • Isnin, 30 Sep 2024

Donald Trump dikecam apabila mencadangkan sistem undang-undang mirip filem The Purge di Amerika Syarikat.

BEKAS Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menerima kecaman hebat di laman sosial apabila mencadangkan sistem undang-undang mirip filem The Purge (2013), diguna pakai bagi menyelesaikan isu jenayah di negara terbabit.

Berucap pada perhimpunan Pennsylvania, Amerika Syarikat pada Ahad, kaedah itu membolehkan segala sekatan jenayah di AS terbatal selama tempoh sejam bagi membolehkan polis berehat dan terlepas daripada tanggungjawab.

"Satu jam yang saya maksudkan benar-benar kejam tetapi segala jenayah akan berakhir dengan serta merta selepas ia tamat," katanya.

BACA LAGI: Semerah Padi saksi karya 1,000 tahun P. Ramlee, Seniman Agung papar laungan azan pertama dalam filem Melayu

BACA LAGI: Sama macam Marvel, Sonic The Hedgehog perkenal 3 lagi varian dimensi 'multiverse'

"Trump secara tidak langsung mencadangkan sistem The Purge dijalankan, dia mungkin baru lepas menonton filem itu," kata Tonya Bailey.

"Kenapa perlu gunakan kekerasan dan kekejaman, saya tak sabar tunggu dia bersara dan tinggalkan politik Amerika," ujar Pismo Beach.

"Ramai yang bertepuk selepas ucapan itu, dia seolah-olah mahukan peperangan dan suka orang bergaduh demi kepentingan dirinya," tambah Kschrder.

Dalam pada itu, filem The Purge mengisahkan sebuah negara yang dilanda keganasan selepas kerajaan menghentikan sekatan undang-undang selama tempoh 12 jam.

Lebih mencuri perhatian apabila salah satu sekuel filem berkenaan iaitu The Purge: Election Year ditayangkan pada 2016, serentak ketika Trump dipilih sebagai presiden negara itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram