
GENERASI Z atau Gen Z lebih dikenali sebagai generai "kelestarian" - lebih cenderung untuk membeli produk mesra alam dan lebih berkemungkinan membuat keputusan pembelian yang menggabungkan nilai peribadi, sosial dan alam sekitar mereka.
Sesetengah kajian menunjukkan mereka lebih bimbang tentang alam sekitar.
Dalam satu tinjauan global yang dilakukan oleh Kadence, sebuah firma kajian antarabangsa, 82 peratus (%) responden daripada Gen Z meluahkan kerisauan mengenai planet dan 72% daripadanya secara proaktif mengubah tingkah laku mereka untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.
Tinjauan 2024 Gen Z dan Milenium menyatakan ramai yang menyelaraskan kerjaya dan tingkah laku pengguna mereka dengan nilai alam sekitar mereka.
Generasi Z - yang dilahirkan kira-kira antara tahun 1997 dan 2010 membesar dalam zaman teknologi maklumat dan peralihan digital.
Pelajar di Sekolah Menengah Woodside, sebuah kawasan kaya di San Mateo County menyedari mengenai bahaya plastik namun mereka sedar mereka tidak dapat mengelakkan daripada menggunakannya.
"Saya menggunakan plastik secara berlebihan, namun saya berada di dalam (kelab alam sekitar) Greens dan saya mengambil sains alam sekitar, dan saya masih menggunakan jumlah plastik yang banyak seperti memesan pakaian dalam talian, penghantaran makanan, atau pergi ke kedai membeli barang.
"Kebanyakkan barang berada di dalam plastik dan saya mencuba untuk tidak membeli barangan yang mempunyai plastik, tetapi saya masih melakukannya," kata Kyla Burfoot yang merancang untuk belajar sains kognitif di Universiti California, Berkeley.
Awal tahun ini, Greens dalam perjumpaan mingguannya di Ann Akey's Advanced Placement Environmental Science - atau APES mengambil bahagian dalam aktiviti kebaikan alam sekitar seperti melakukan pembersihan pantai, dan juga mendidik rakan sebaya mengenai plastik dan kitar semula.
Mereka juga membentuk sebuah jawatankuasa kecil untuk memantau rakan mereka membuang sampah ke dalam tong sampah yang betul mengikut kategori tong sampah kitar semula.
Masih kurang kesedaran tentang penggunaan plastik dalam kalangan masyarakat dunia.
Tidak seperti generasi sebelumnya, pendidikan mengenai alam sekitar menjadi sebahagian daripada pengalaman pendidikan Greens sejak mereka mula bersekolah.
"Saya fikir generasi kami lebih berpendidikan kerana lebih menyedari mengenai krisis alam sekitar yang berlaku," kata Burfoot sambil menambah pendidikan itu tidak bermakna jika orang ramai tidak dapat mengambil tindakan terhadap apa yang dipelajari dan diketahui.
Kerja keras
Bagaimanapun, menurut Greens, syarikat dan ahli politik perlu bekerja lebih keras.
"Tidak kira berapa ramai menjadi vegan atau berhenti makan daging sekali pun, masih akan ada berjuta-juta sampah yang akan dibuang ke lautan oleh syarikat-syarikat kecil atau besar," kata Burfoot.
"Dalam 20 tahun, kita akan menyedari bagaimana kemudahan ini akan menyusahkan dan memberi kesan kepada kita".
Burfoot dan rakan sekelasnya juga meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada generasi yang lebih tua mengenai isu alam sekitar.
"Saya membesar di dunia yang terdapat sedikit perbezaan - generasi lebih tua ini mengharap kita akan memikirkannya penyelesaiannya, namun sebenarnya ia datang dari pihak mereka untuk memastikan dunia ini boleh didiami untuk kita pada masa depan dan untuk anak-anak kita," katanya.
Selain daripada itu, kerajaan juga perlu menyediakan orang ramai dengan keupayaan untuk memilih cara hidup alternatif yang tidak termasuk semua plastik itu kata ahli kelab Greens.
"Jika anda mempunyai empati dan bersimpati, anda akan meletakkan diri anda dalam kedudukan orang lain dan juga meletakkan diri anda dalam kasut anak dan cucu anda," kata Lin. — TheStar
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram