[VIDEO] 'Minah saleh' minta tolong jiran ajar pakai tudung, mahu ziarah kubur Islam


  • Benua
  • Jumaat, 27 Sep 2024

Tangkap layar memaparkan seorang wanita mengenakan tudung selepas diajar oleh jirannya yang beragama Islam.

BERPAKAIAN sempurna dan menutup aurat ketika berada di tanah perkuburan sudah menjadi sebahagian daripada adab yang perlu dituruti semua pihak, baik yang beragama Islam mahupun tidak.

Sama seperti kejadian yang dipaparkan menerusi satu video tular yang dikongsikan di laman Twitter pada Jumaat.

Berdasarkan rakaman berdurasi seminit 30 saat itu, seorang wanita mengunjungi rumah jirannya, yang dipercayai merupakan seorang wanita beragama Islam untuk mengajarnya cara-cara memakai tudung.

BACA LAGI: Kandungan gugur dan bayi kurang berat antara risiko ibu hamil kerap hadam kafein

BACA LAGI: [VIDEO] Guna kaedah 'Awake Craniotomy', tumor dalam otak warga emas berjaya dikeluarkan sambil tonton filem

Difahamkan, permintaan tersebut dibuat kerana dirinya berhasrat untuk menghadiri pengebumian rakannya yang beragama Islam.

"Hai saya ada sedikit soalan, saya ingin pergi ke satu pengebumian, saya perlu memakai skarf dan akan ke kedai untuk mendapatkannya.

"Namun saya tidak tahu bagaimana nak pakai. Boleh tak awak beritahu saya cara untuk mengenakannya di atas kepala kerana saya akan pergi ke masjid," katanya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kediaman tersebut,

Untuk seketika jiran itu memberi tutorial tentang cara pemakaiannya menggunakan kaedah yang lebih mudah.

Jiran itu kemudian memberikan selendangnya kepada wanita berkenaan untuk dipakai ke pengebumian tersebut.

"Tidak mengapa, saya ada banyak selendang lagi," katanya.

Dia turut cuba memakainya di hadapan jiran tersebut untuk memastikan cara pemakaiannya betul.

Sambil tersenyum terharu, wanita itu beberapa kali mengucapkan terima kasih kepada jirannya sebelum bergegas pulang ke rumahnya.

Kejadian tersebut berlaku pada September lalu, bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram