[VIDEO] Guna kaedah 'Awake Craniotomy', tumor dalam otak warga emas berjaya dikeluarkan sambil tonton filem


  • Sihat
  • Isnin, 23 Sep 2024

Seorang pesakit berjaya mengeluarkan tumor di otak sambil menonton filem.

SEORANG pesakit berusia 55 tahun berjaya membuat pembedahan untuk mengeluarkan tumor dari otak sambil menonton sebuah filem kegemarannya.

Doktor mendedahkan bahawa pesakit, Anantalakshmi kusyuk menonton filem bertajuk Adhurs yang memaparkan pelakon kegemarannya, Jr NTR dan Nayanthara sementara sepasukan doktor gigih menjalankan tugas untuk mengeluarkan tumor di kepalanya.

Pembedahan yang berlangsung kira-kira selama dua jam setengah itu dibuat di Hospital Besar Kerajaan, Kakinada, India baru-baru ini.

Pasukan perubatan, di bawah pengawasan doktor dan pakar anestasi yang berpengalaman itu memutuskan untuk menggunakan pendekatan inovatif yang dikenali sebagai Awake Craniotomy.

Awake Craniotomy, membenarkan pesakit untuk kekal sedar sepenuhnya sepanjang prosedur pembedahan yang rumit.

Pembedahan yang kali pertama dibuat di hospital itu berjaya dilakukan tanpa merosakkan sebarang saraf kritikal.

Ketua jabatan Anaesthesiology, Dr A. Vishnuvardhan dan ketua Neurosurgery, Dr Vijaysekhar berkata, Anantalakshmi boleh duduk dan bersarapan selepas pembedahan itu berjaya dilakukan.

Difahamkan, dia dibenarkan keluar dari wad dalam tempoh lima hari selepas pembedahan dibuat.

"Pesakit sentiasa terjaga semasa prosedur supaya mereka boleh menjawab soalan dan memastikan tiada saraf yang rosak," katanya.

Untuk rekod, pesakit itu, Anantalakshmi datang dari sebuah perkampungan di daerah Godavari Timur Andhra Pradesh, i A. Kothapalli.

Dia pada awalnya mengalami gejala seperti berasa lemah pada lengan dan kaki kanannya.

Dia tidak mampu membayar rawatan di mana-mana hospital swasta yang dilawati kerana kos yang sangat mahal.

Bagaimanapun, akhirnya pesakit dimasukkan ke Hospital Besar Kerajaan pada 11 September, selepas mengadu sakit kepala yang teruk, pengsan dan kebas pada bahagian kanan badannya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram