PERLAWANAN bola sepak tidak kira peringkat apapun pasti tidak terlepas daripada dicemari insiden provokasi sama ada daripada penyokong atau pemain pasukan itu sendiri.
Menerusi satu rakaman video yang tidak dikenal pasti lokasi memaparkan pergaduhan di antara dua pasukan bola sepak tular di media sosial.
Kejadian yang bertarikh 29 Ogos 2023 itu menjadi perhatian umum apabila video berdurasi 43 saat tular di media sosial Twitter yang memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai pemain kedua-dua pasukan sedang bergaduh selepas perlawanan bola sepak tersebut selesai.
Bagaimanapun, klip tersebut turut memaparkan insiden mencuit hati apabila kelihatan dua individu cuba mendaki lereng bukit yang mana merupakan lokasi pergaduhan, namun gagal mendakinya dengan kemas.
Kelihatan penyokong dan pengadil perlawanan yang berada di tempat kejadian dilihat cuba meleraikan pergaduhan tersebut.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berpendapat bahawa tindakan kedua-dua pemain tersebut dikatakan tidak matang.
"Ada gaduh ke main bola sepak Malaysia ni, ingat menang World Cup agaknya, sabar bro. Relax," kata @sidchan.
"Gaduh main bola macam ni memang saya tak boleh brain, kalah menang sama saja dua-dua kena bayar, beriya macam menang dapat juta-juta," kata @fahrulradzi2.
"Dapat apa lepas gaduh? Dapat apa lepas parap orang? Kalau ada piala pun bayar sendiri. Apa nak dikejarkan?," kata @acaplisme.
"Main tak seberapa, gaduh saja nak lebih-lebih," kata @_Svxxve. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram