SUDAH masuk tahun 2024, masih lagi berlakunya insiden pergaduhan membabitkan pemain dengan pengadil walaupun hanya sekadar beraksi dalam perlawanan persahabatan ataupun peringkat sekolah yang tidak menjamin kemenangan ratusan ribuan ringgit jika dinobatkan sebagai juara.
Baru-baru ini satu pergaduhan di atas padang bola sepak berjaya dirakam oleh lensa kamera penyokong yang hadir bagi menyaksikan kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Kubang Pasu, Kedah.
Rakaman itu tular di media sosial yang menyaksikan pengadil kelihatan tidak berpuas hati dengan tindakan pemain-pemain selepas melakukan provokasi dan memukulnya tanpa sebab.
BACA LAGI: ‘Posisi emas Safawi Rasid bukan lagi right wing, sudah tiba masa naik pangkat sebaris legenda no.10’
BACA LAGI: Penyokong Kelantan sinikal, suruh 'sign' Safee Sali ajar pemain import paling mahal sepak bola
Pihak pengurusan kedua-dua buah pasukan turut masuk campur untuk menenangkan keadaan selepas pengadil terlibat mahu membalas kembali perbuatan individu yang memukulnya.
Namun pengadil tersebut telah ditenangkan oleh orang ramai sebelum berjumpa dengan pihak pengurusan pemain yang terlibat dan meminta maaf atas perbuatannya itu.
Walaupun baru di peringkat sekolah, insiden seperti ini sepatutnya tidak berlaku supaya murid-murid dapat memupuk semangat hormat-menghormati individu yang lebih tua.
Apatah lagi, insiden yang berlaku itu dipertontonkan kepada murid-murid dan ibu bapa yang datang ke kawasan kejohanan untuk memberikan sokongan buat anak-anak mereka.
Dalam ruangan komen, ramai menyatakan punca tidak menghormati satu-satu sama lain antara penyebab utama pergaduhan itu berlaku.
"MSSD? Budak lagi dah pukul orang besar, tak jauh mana perjalanan kau," kata Nuratul Ekhqal.
"Budak-budak kurang ajar, memang patut pun pengadil naik angin," jelas Mohd Zamany.
"Segala pergaduhan dalam bola sepak puncanya hanya tiada hormat dan adab," ujar Prince Syaf.
"Kurang ajar budak itu sepak pengadil, tak hormat langsung," luah Wak Doyok. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram