Hampir 4,000 rakyat Gaza hilang tangan, kaki dalam tempoh 11 bulan


  • Benua
  • Ahad, 15 Sep 2024

Sekurang-kurangnya 22,500 daripada penduduk awam cedera di Gaza dalam tempoh 11 bulan sejak perang meletus. — Agensi

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, 25 peratus daripada mangsa yang cedera dalam perang di Gaza, mengalami kehilangan upaya kekal yang akan menjejaskan kehidupan mereka pada masa hadapan.

Wakil agensi tersebut, Rik Peeperkorn berkata, ada antara mangsa kudung kaki atau tangan, sementara sebahagian lagi terpaksa menjalani proses pemulihan yang lama.

Menurut beliau, sekurang-kurangnya 22,500 daripada penduduk awam yang cedera di Gaza dalam tempoh 11 bulan sejak perang meletus perlu menjalani pemulihan yang akan mengambil masa bertahun-tahun.

BACA LAGI: Inilah masanya, Umno berpeluang rampas semula DUN Nenggiri

BACA LAGI: Mohd Azizi boleh mohon tangguh PRK DUN Nenggiri, tunggu keputusan mahkamah

4

Ribuan wanita dan kanak-kanak termasuk dalam golongan yang cedera teruk. — Agensi

Tambahnya, kenaikan mendadak dalam proses pemulihan mereka diperlukan ketika sistem kesihatan terjejas akibat konflik yang berterusan.

Merujuk kepada analisis terkini mengenai jenis kecederaan akibat konflik di Gaza, WHO mendedahkan, ribuan wanita dan kanak-kanak termasuk dalam golongan yang cedera teruk dan yang mengalami lebih daripada satu kecederaan.

Jelas analisis berkenaan, sebanyak 13,455 hingga 17,550 kecederaan anggota badan yang serius dilaporkan dengan antara 3,105 hingga 4,050 daripadanya hilang tangan atau kaki.

Kecederaan lain termasuk melibatkan saraf tunjang, kecederaan otak traumatik dan melecur teruk.

Pada masa sama, jelas WHO, hanya 17 daripada 36 hospital di Gaza kini berfungsi ketika perkhidmatan penjagaan kesihatan utama sering terjejas akibat perang yang berterusan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram