Malaysia kemuka 4 pelan di IOC untuk bantu rakyat Palestin


  • Primer
  • Jumaat, 09 Ogos 2024

Kerjasama di peringkat antarabangsa bersama Pertubuhan Kerjasama Islam dapat membantu menyokong langkah yang diutarakan bagi perjuangan di Palestin. — Gambar fail

MALAYSIA dengan inisiatif mencadangkan empat langkah utama untuk menyokong perjuangan di Palestin.

Perkara itu termasuk penubuhan sekumpulan orang terkemuka yang ditugaskan bagi menilai dan mengenal pasti langkah untuk melaksanakan Pendapat Penasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan membentangkan langkah-langkah yang dicadangkan itu semasa menyampaikan kenyataan nasional dalam mesyuarat tergempar yang diadakan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

BACA LAGI: Lebih 60 tahun tak banyak berubah, tiba masa semak semula prinsip persempadanan kawasan pilihan raya

BACA LAGI: Siasatan kapal selam Scorpene: SPRM jumpa petunjuk baharu

Members of the Al-Ashqar family, who were displaced by the Israeli bombardment of the Gaza Strip, eat lunch at a makeshift tent camp in Khan Younis, southern Gaza Strip, Thursday, July 4, 2024. Over nine months of war between Israel and Hamas, Palestinian families in Gaza have been uprooted repeatedly, driven back and forth across the territory to escape the fighting. Each time has meant a wrenching move to a new location and a series of crowded, temporary shelters. (AP Photo/Abdel Kareem Hana)

Malaysia memainkan peranan bagi mencadangkan empat pelan untuk membantu pertindasan rakyat Palestin. — AP/Abdel Kareem Hana

Beliau berkata, langkah itu menekankan keperluan untuk meluaskan sokongan global untuk Palestin, memanfaatkan ketetapan ICJ dan perpaduan yang dicapai oleh puak Palestin melalui Deklarasi Beijing.

"Langkah-langkah sebegini harus memberi tumpuan kepada bidang kuasa sejagat dan memastikan penggunaan undang-undang antarabangsa yang konsisten," katanya semasa mesyuarat di Jeddah pada Rabu.

Kedua, Malaysia menggesa agar Jawatankuasa Khas Menentang Apartheid Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dikembalikan semula.

Tugas utama jawatankuasa itu adalah untuk menghentikan pendudukan haram Wilayah Palestin (OPT) oleh Israel dan menangani dasar apartheid yang dikenakan ke atas rakyat Palestin, tambahnya.

Ketiga, Malaysia mencadangkan agar OIC, dengan kerjasama negara-negara yang mempunyai pemikiran yang sama, meminta disambung semula sesi Sidang Khas Kecemasan Ke-10 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Isu Palestin.

“Cadangan ini adalah untuk membincangkan langkah dan cara untuk melaksanakan atau 'memberi kesan' kepada Pendapat Penasihat ICJ.

“Akhirnya, kita harus menghulurkan sokongan tidak berbelah bahagi dan membantu sepenuhnya dalam pembinaan semula ekonomi Palestin dan mata pencarian selepas konflik.

“Ini adalah langkah penting yang akan memudahkan mereka kembali normal,” katanya.

Berikutan pembunuhan Ismail Haniyeh, yang juga mengetuai biro politik Hamas di Teheran, Malaysia menggesa usaha bersepadu untuk menentang propaganda dan maklumat salah Israel. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram