SAMBUTAN Hari Kemerdekaan Malaysia 2024 tidak hanya disambut di Malaysia tetapi juga dirayakan oleh rakyat Palestin di bumi Gaza bagi menunjukkan solidariti mereka terhadap perjuangan dan kejayaan negara Malaysia.
Terdapat satu perkongsian video yang dimuat naik menerusi akaun Mohamad Yusof Yahya, memaparkan persiapan warga Palestin yang dilihat bersemangat menyambut Hari Merdeka Malaysia dengan pelbagai persiapan walaupun mereka ketika ini berada dalam keadaan kesukaran.
Klip video itu yang dimuat naik pada Isnin memperlihatkan tanda sokongan apabila warga Palestin itu mengibarkan bendera Malaysia bersebelahan bendera Palestin.
BACA LAGI: Dua pesawat TUDM terbang ke Mesir bawa 40 rakyat Palestin cedera dapatkan rawatan di Malaysia
BACA LAGI: Bayi 8 bulan antara 60 warga Palestin cedera tiba di Subang pada Jumaat
Terima kasih Gaza. pic.twitter.com/T7JdicJRcO
— Mohamad Yusof Bin Yahya (@MohamadYusofBi6) August 31, 2024
Menerusi klip berdurasi 57 saat itu, seorang lelaki Palestin melakarkan lukisan bendera Malaysia pada sebahagian dinding bangunan yang hampir musnah dibom.
Individu tersebut turut melakarkan tulisan berwarna pada dinding yang tertera tulisan “ Hari Merdeka Malaysia ke-67”.
Mesej kepada rakyat Malaysia iaitu “Palestine and Malaysia, brotherhood and solidarity across borders” turut tertera di dinding.
Jelas kelihatan, rakyat Palestin bersemangat menyambut Hari Merdeka Malaysia sebagai simbol persahabatan dan kerjasama antarabangsa.
Dengan adanya sambutan sederhana itu menunjukkan bahawa mereka menghargai usaha Malaysia dalam mempromosikan keamanan dan keadilan di seluruh dunia.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata menzahirkan terima kasih atas sokongan Palestin menyambut Hari Merdeka Malaysia 2024.
“Semoga mereka sentiasa dibawah lindungan ALLAH SWT.
“Terima kasih Malaysia,” komen netizen. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram