LEBIH 100 rakyat Palestin terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam serangan Israel pada Sabtu ke atas sebuah sekolah di Gaza yang digunakan untuk melindungi penduduk yang kehilangan tempat tinggal.
Tentera Israel bagaimanapun berkata, pihaknya menyerang lokasi terbabit kerana ia dikenal pasti sebagai pusat operasi Hamas.
Pejabat Media Gaza berkata, serangan Israel menyasarkan penduduk yang berpindah ketika menunaikan solat Subuh, sekali gus membawa kepada peningkatan besar dalam jumlah korban.
BACA LAGI: Muda-muda lagi aura pemimpin sudah ada, Arif Aiman tak keseorangan galas tanggungjawab kapten
BACA LAGI: Lepas 97 hari 'welcome back Faisal Halim', Ronnie bangkit sumbat 2 gol buat Selangor FC
Penduduk Palestin mengelilingi jenazah mereka yang terkorban dalam serangan Israel terhadap sebuah sekolah di mana mereka berlindung, di hospital al-Maamadani, di tengah bandar Gaza. — Agensi
Dalam satu kenyataan, jurucakap berkata, tentera udara menyerang pusat komando dan kawalan yang berfungsi sebagai tempat persembunyian serta pangkalan komander Hamas.
"Tentera Udara Israel (IAF) dengan tepat menyerang Hamas yang beroperasi dalam pusat perintah dan kawalan di sekolah Al-Taba'een, terletak bersebelahan masjid di Daraj Tuffah, yang berfungsi sebagai tempat perlindungan bagi penduduk Gaza.
"Setakat ini, terdapat lebih 93 orang mati syahid, termasuk 11 kanak-kanak dan enam wanita. Terdapat mayat yang tidak dikenal pasti," kata jurucakap Pertahanan Awam Palestin, Mahmoud Bassal dalam sidang akhbar yang disiarkan di televisyen.
Kira-kira 350 keluarga telah berteduh di perkarangan itu, kata Bassal. Dua tingkat dilanggar, tingkat atas menempatkan keluarga termasuk wanita dan kanak-kanak, dan tingkat bawah yang dijadikan masjid. Kementerian kesihatan Gaza setakat ini tidak memberikan butiran mangsa.
Puluhan ribu penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal telah mencari perlindungan di sekolah-sekolah Gaza, yang kebanyakannya telah berhenti berfungsi sejak permulaan perang 10 bulan lalu. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram