TINDAKAN seorang lelaki mengasari 10 wanita di sebuah stesen kereta api bawah tanah di Barcelona, Sepanyol pada Februari lalu masih lagi mengundang 1,001 satu persoalan.
Manakan tidak, tiada siapa yang mengetahui motif sebenar suspek bertindak sedemikian.
Lebih mengejutkan lagi, suspek yang tidak didedahkan namanya dibebaskan oleh pihak berkuasa sehari selepas dia ditahan.
BACA LAGI: Kawasan 'panas' KL nampak tenang, realitinya penagih dadah semakin licik berpesta di bilik sewa
BACA LAGI: [VIDEO] Wanita maut tersepit, anak meraung lihat ibu terkulai dirempuh 2 lori dekat Temerloh
Melalui satu video yang kembali tular sejak Sabtu, lelaki berkenaan dilihat menampar beberapa orang awam sebelum menumbuk seorang wanita di kepala Stesen Camp de l’Arpa station.
Impak daripada tumbukan itu menyebabkan mangsa terjatuh.
Fake North African asylum seeker in Spain beats defenseless women just for fun and then runs away like a rat. pic.twitter.com/aDAofvmqeR
— RadioGenoa (@RadioGenoa) September 7, 2024
Suspek kemudiannya cuba melarikan diri daripada tempat kejadian selepas dia menyedari kehadiran dua orang lelaki mengejarnya.
Menurut pihak berkuasa tempatan, suspek berjaya ditahan oleh pengawal keselamatan kereta api bawah tanah tersebut ketika cuba melarikan diri dan diserahkan kepada pihak polis pada hari yang sama.
Bagaimanapun, dia dibebaskan pada ketika itu atas alasan tiada kecederaan serius dilaporkan dalam kalangan mangsa.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Maklumat Am Mossos, Datuk Bandar David Sanchez menjelaskan, siasatan lanjut terhadap insiden berkenaan hanya dibuka selepas menerima laporan perubatan yang menunjukkan kecederaan serius kepada salah seorang mangsa.
Siasatan lanjut juga mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah dan insiden serangan orang awam melibatkan suspek bukan kali pertama terjadi apabila sekurang-kurangnya 10 mangsa, kesemuanya wanita membuat laporan polis.
Insiden itu bukan sahaja menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat sekali gus menonjolkan kepentingan membanteras keganasan berasaskan jantina di tempat awam seperti kereta bawah tanah di Sepanyol dan Catalonia dan keperluan untuk mengambil langkah untuk memastikan keselamatan semua penumpang. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram