SEPERTI yang sudah dijangka, jaguh muay thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar menewaskan Josue Cruz dalam aksi pertarungan ONE 168: Denver pada Sabtu.
Bintang muda One Championship yang lebih dikenali dengan nama Jojo Ghazali itu mengalahkan pertarung dari Mexico secara knockout (KO) pada pusingan pertama sekali gus menyaksikan Jojo menang 6-1.
BACA LAGI : 'Nasib tak kena KO', Jojo Ghazali kalah peninju 'otai' Vietnam
BACA LAGI : Jojo Ghazali, pasukan sepak takraw dipilih terima Anugerah Khas SAM-100Plus 2023
Melalui kemenangan itu juga, Jojo juga meraih bonus kemenangan AS$50,000 (RM216,699).
Walaupun baru berusia 17 tahun, Jojo dilihat lebih mendominasi perlawanan tersebut dan 10 saat sebelum pusingan pertama berakhir, Jojo dilihat melepaskan satu tumbukan padu ke kepala Cruz sehingga menyebabkan lawannya yang berusia 28 tahun gagal untuk bangkit meneruskan perlawanan semula.
Pada masa sama, tular video atlet muda itu melaungkan "Malaysia Boleh, Alhamdulillah" selepas dia berjaya menumbangkan Cruz.
Melalui kemenangan itu juga, Jojo berjaya menebus kekecewaannya yang tewas kepada Tran Duy Nhat Nguyen di ONE 168 sebelum ini yang menjadi kekalahan pertama dalam karier profesionalnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram