PERDANA Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, 76, dilaporkan meletak jawatan dan melarikan diri dari negara terbabit pada Isnin dipercayai susulan protes yang berlaku melibatkan rakyatnya baru-baru ini.
Ketua Tentera Bangladesh, Waker-Uz-Zaman mengumumkan kerajaan sementara akan dibentuk bagi menggantikan posisi pemimpin itu.
Menurut laporan media antarabangsa, Hasina, dilaporkan melarikan diri bersama kakaknya ke London ketika kediamannya dikepung kumpulan penunjuk perasaan anti kerajaan.
BACA LAGI : Pelajar Malaysia di Bangladesh dakwa tiada akses ke tempat perlindungan, terpaksa cari homestay selamat
BACA LAGI : Tak mampu tanggung kos sendiri, kakak rayu kerajaan bawa pulang pelajar Malaysia di Bangladesh
(KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO)
Kumpulan pemberontak difahamkan menyerbu kediamannya di Dhaka, pada petang Isnin, sekali gus menyebabkan ratusan penduduk menggeledah masuk bangunan itu dan melarikan bekalan makanan seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran.
Untuk rekod, sekurang-kurangnya enam terbunuh dalam insiden berkenaan dengan orang ramai bertindak merempuh kawat berduri yang dipasang anggota polis di sekitar lokasi kejadian.
Ketua Pengarah Polis India, Daljit Singh Chawdhary dan Komander Kanan negara terbabit telah mendarat di Kolkata, India untuk meninjau keadaan keselamatan.
Pertempuran itu tercetus beberapa hari selepas lebih 200 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran ganas antara polis dan kumpulan penunjuk perasaan pelajar di negara terbabit. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram