Maybank2u MY ditamatkan sepenuhnya 28 Ogos, pengguna disaran tukar ke aplikasi MAE


  • Bizz
  • Isnin, 05 Ogos 2024

Aplikasi Maybank2u MY akan ditamatkan mulai 28 Ogos depan.

PENGGUNA Maybank digesa beralih kepada aplikasi MAE untuk keperluan perbankan dalam talian mereka susulan penamatan aplikasi Maybank2u MY mulai 28 Ogos nanti.

"Jika anda masih belum memuat turun aplikasi MAE, sila berbuat demikian secepat mungkin kerana anda tidak lagi boleh mengakses akaun atau sebarang ciri pada aplikasi Maybank2u MY selepas tarikh 28 Ogos,” katanya menerusi kenyataan di laman web rasminya pada Isnin.

Tambahnya, aplikasi Maybank2u MY juga tidak lagi tersedia untuk dimuat turun melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

BACA LAGI: Maybank2U, MAE antara perkhidmatan dijadual tergendala 14 Januari depan

BACA LAGI: [VIDEO] 'Terima kasih kerana sabar dan memahami', Maybank respons beribu pelanggan 'tersidai' angkara masalah gangguan sistem

Bagi pengguna kali pertama MAE, orang ramai perlu mendaftar melalui Secure2u untuk ciri kebenaran keselamatan melalui aplikasi tersebut.

Mereka kemudiannya perlu melengkapkan proses pendaftaran di ATM Maybank untuk mengaktifkan ciri tersebut.

Difahamkan, tempoh pengaktifan minimum selama 12 jam akan dikenakan kepada pengaktifan Secure2u kali pertama untuk mengelakkan kelulusan tanpa kebenaran.

Pengguna boleh terus mengakses akaun mereka melalui laman web rasmi Maybank2u di www.maybank2u.com.my. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram