Gadis Teluk Intan hilang lebih 4 bulan lepas keluar cari kerja di KL


  • 112
  • Isnin, 05 Ogos 2024

Nur Asyikin dilaporkan hilang sejak April lalu selepas keluar dari rumah keluarganya di Kampung Bahagia untuk mencari kerja di Kuala Lumpur. — Ihsan polis

SEORANG gadis dilaporkan hilang selepas keluar mencari pekerjaan di Kuala Lumpur sejak April lalu.

Kehilangan Nur Asyikin Abd Rahim, 29, dibuat oleh ahli keluarganya pada pukul 9.38 pagi, Khamis lalu selepas mangsa tidak pulang ke kediamannya di Kampung Bahagia, Teluk Intan, Perak.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan mangsa.

BACA LAGI: Kanak-kanak hilang, pemilik kafe tawar RM10,000 jika dapat kesan Leo Jia Hui

BACA LAGI: Kanak-kanak 6 tahun hilang ketika hadiri sambutan Bon Odori di Johor

"Berdasarkan maklumat ibunya, dia ada memaklumkan hendak mencari pekerjaan di Kuala Lumpur.

"Bagaimanapun, anaknya itu gagal dihubungi sejak keluar dari rumah sejak April lalu.

"Sehubungan itu, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu terbabit untuk tampil ke mana-mana balai polis terdekat atau terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di talian 05-6299222 bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram