[VIDEO] 22 maut, hanya juruterbang terselamat nahas pesawat Saurya Airlines


  • Benua
  • Rabu, 24 Jul 2024

Kejadian kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan itu melibatkan pesawat Saurya Airlines yang membawa dua anak kapal dan 17 jurutera. — Agensi

SERAMAI 22 individu maut selepas sebuah pesawat domestik terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) di Kathmandu, Nepal pada Rabu.

Kejadian kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan itu melibatkan pesawat Saurya Airlines yang membawa dua anak kapal dan 17 jurutera ke bandar Pokhara bagi kerja-kerja penyelenggaraan pesawat lain.

Nahas berlaku ketika pesawat berkenaan hendak berlepas dari landasan di TIA.

BACA LAGI: [VIDEO] Angkara terbelit tali layang-layang, helikopter bawa 5 orang terhempas di Bali

BACA LAGI: [VIDEO] Mati atas katil, tanah runtuh timpa vila di Bali ragut 2 nyawa pelancong

Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal, Hansa Raj Pandey berkata, seorang mangsa iaitu juruterbang mengalami kecederaan di kepala dan kini dimasukkan ke Kolej Perubatan Kathmandu untuk rawatan lanjut.

"Hanya kapten yang berjaya diselamatkan dan sedang menerima rawatan di hospital," katanya.

Lapangan terbang tersebut juga ditutup buat sementara waktu ekoran kejadian itu.

india

Pasukan kecemasan yang diketuai Pasukan Tentera Nepal berjaya memadamkan kebakaran. — Agensi

Menurut seorang saksi, bahagian kanan pesawat dipercayai terkena pada landasan hingga menyebabkannya terbalik lalu terbakar sebelum terhempas ke kawasan berhampiran.

Pasukan kecemasan kemudian berjaya memadamkan kebakaran, dengan operasi menyelamat diketuai oleh Pasukan Tentera Nepal.

Rakaman insiden itu turut sempat dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) lapangan berkenaan, termasuk video diambil orang awam yang berada berdekatan lokasi kejadian. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram