Budak perempuan hilang di Johor ditemukan di hotel bajet Batang Kali


  • 112
  • Selasa, 23 Jul 2024

Albertine dilaporkan hilang ketika menghadiri sambutan Bon Odori Johor di Eco Galleria di Johor Bahru pada pukul 8.30 malam.

KANAK-KANAK perempuan yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor pada Sabtu lalu ditemui dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, mangsa, Albertine Leo Jia Hui yang berusia enam tahun ditemui pada pukul 4.30 pagi, Selasa.

Menurutnya, mangsa ditemukan bersama seorang suspek di sebuah hotel bajet dekat Batang Kali, Selangor.

BACA LAGI: Kanak-kanak 6 tahun hilang ketika hadiri sambutan Bon Odori di Johor

BACA LAGI: Polis tahan 3 suspek bantu siasatan kes budak hilang di Johor

budak

Foto terakhir memaparkan kanak-kanak tersebut di sambutan Bon Odori.

“Mangsa telah diselamatkan pada awal pagi ini dan suspek juga ditangkap di Batang Kali.

“Tangkapan dibuat kira-kira pukul 4.30 pagi. Mangsa dalam keadaan selamat dan suspek dibawa ke Johor untuk siasatan lanjut,” katanya dalam sidang media pada Selasa.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun tidak mempunyai pertalian persaudaraan dengan keluarga mangsa.

Jelasnya lagi, kanak-kanak perempuan berkenaan dilarikan menggunakan sebuah kenderaan.

M Kumar

“Siasatan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak kanak 2017.

“Mangsa dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan,” tambahnya.

Kes itu kemudiannya diklasifikasikan semula sebagai kes penculikan.

Majoriti pada Selasa melaporkan, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan yang hilang di pusat beli-belah Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.

Kumar berkata, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 28 hingga 55 tahun itu ditahan di Gelang Patah, Iskandar Puteri pada pukul 1.30 tengah hari Isnin.

Albertine dilaporkan hilang ketika menghadiri sambutan Bon Odori Johor di Eco Galleria di Johor Bahru pada pukul 8.30 malam. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram