[VIDEO] Mati atas katil, tanah runtuh timpa vila di Bali ragut 2 nyawa pelancong


  • Berita
  • Khamis, 14 Mac 2024

Hujan lebat menghakis saluran air digunakan untuk pengairan yang terletak di atas vila dan menyebabkan tanah runtuh meragut nyawa kedua-dua pelancong asing terbabit. — Agensi

DUA pelancong asing termasuk seorang wanita Australia terbunuh di pulau peranginan Bali, Indonesia selepas hujan lebat mencetuskan tanah runtuh yang menghanyutkan vila mereka, kata seorang pegawai pada Khamis.

Pegawai mitigasi bencana tempatan I, Nyoman Srinadha Giri berkata, vila kayu didiami pelancong terbabit di kampung Jatiluwih dilanda tanah runtuh pada pagi Khamis selepas hujan lebat di kawasan itu pada malam sebelumnya.

Katanya, hujan lebat menghakis saluran air digunakan untuk pengairan yang terletak di atas vila dan menyebabkan tanah runtuh meragut nyawa kedua-duanya.

"Mangsa dipindahkan dari runtuhan ketika dalam (posisi tidur). Dua mangsa terbabit, seorang lelaki dan seorang wanita tidur di satu katil," katanya.

BACA LAGI: Jadikan Birmingham muflis sebagai iktibar, ini pro-kontra Malaysia anjur Sukan Komanwel 2026

BACA LAGI: Moreh antara 3 tradisi masyarakat Melayu meresap jadi amalan umat Islam sepanjang Ramadan

Mangsa wanita terbabit, 47, dilahirkan di Australia dan mempunyai permit kediaman tetap Amerika Syarikat, manakala kewarganegaraan dan identiti mangsa lelaki masih tidak diketahui.

Mayat mangsa dipindahkan ke hospital di ibu kota wilayah Denpasar.

Tanah runtuh di Indonesia telah menjadi lebih teruk di beberapa tempat dengan penebangan hutan, hujan lebat berpanjangan menyebabkan banjir di beberapa kawasan.

Tanah runtuh dan banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat di pulau Sumatera minggu lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang. — AFP

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram