SEBUAH helikopter yang membawa lima individu, termasuk seorang juruterbang dilaporkan terhempas dalam satu kejadian di Bali, Indonesia pada Jumaat.
Berdasarkan laporan Nusabali, insiden berkenaan tersebar selepas tular sebuah video memaparkan helikopter berwarna putih terhempas dan orang ramai sedang sibuk membantu mangsa kejadian.
Menurut kenyataan awal yang dikeluarkan agensi tempatan, kejadian berlaku selepas kenderaan tersebut terbelit dengan benang layang-layang ketika berada di udara.
BACA LAGI: [VIDEO] Tiada angin tiada ribut, pelancong tiba-tiba beduk penunggang wanita di Bali
BACA LAGI: [VIDEO] Mati atas katil, tanah runtuh timpa vila di Bali ragut 2 nyawa pelancong
Namun, kesemua penumpang dan juruterbang bernasib baik apabila mereka dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan dan sudah menerima rawatan di hospital berdekatan.
Berdasarkan info semasa, helikopter itu sedang digunakan pemaju dan pelabur yang berminat untuk membangunkan kawasan itu demi pembangunan setempat.
Tetapi, juruterbang difahamkan membuat keputusan terbang terlalu rendah sehingga menyaksikan bilah terkena tali layang-layang berhampiran mereka.
Informasi tersebut bagaimanapun tidak disahkan setakat ini dengan siasatan sedang dibuat untuk mengenal pasti punca kejadian berkenaan.
Pihak berkuasa di Bali mengesahkan kejadian tersebut sambil mengumumkan tiada penumpang yang meninggal dunia atau mengalami kecederaan serius setakat ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram