Hizbullah lancar serangan balas ke atas Israel guna roket Katyusha


  • Benua
  • Isnin, 22 Jul 2024

Serangan balas yang dilakukan Hizbullah ke atas Israel dengan menggunakan roket Katyusha. — Agensi

SATU serangan balas dilancarkan gerakan Hizbullah dengan melancarkan roket Katyusha terhadap Israel pada Ahad.

Serangan tersebut dilakukan susulan tindakan Israel yang menyerang Lubnan sehingga mencederakan kira-kira enam orang sebelum ini.

Berdasarkan laporan agensi, Hizbullah melepaskan tembakan di sempadan kawasan tersebut hampir setiap hari sejak konflik antara tentera Zionis dengan penduduk Palestin pada 7 Oktober 2023.

BACA LAGI: Yemen diserang, pelabuhan penting jadi sasaran

BACA LAGI: Tak mampu tanggung kos sendiri, kakak rayu kerajaan bawa pulang pelajar Malaysia di Bangladesh

photo_2024-07-22_00-11-16

Asap tebal di kawasan Dafna akibat serangan balas daripada Hizbullah. — Agensi

Sebelum ini, tentera Israel mengaku bahawa telah menyerang dua kemudahan iaitu tempat penyimpanan senjata Hizbullah di Lubnan.

Gerakan itu kemudian berkata, mereka melancarkan berpuluh roket Katyusha ke kawasan Dafna di utara Isarel sebagai tanda tindak balas untuk mempertahankan nyawa yang terkorban.

Dalam pada itu, sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam turut melancarkan roket dari arah Selatan Lubnan ke kedudukan tentera Israel.

Setakat ini, pertempuran antara Hizbullah dan Israel mengorbankan sekurang-kurangnya 518 orang termasuk 104 penduduk di Lubnan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram