[VIDEO] Bau busuk bongkar penemuan mayat dalam longkang tepi kedai tayar di Batu Pahat


  • Tular
  • Khamis, 24 Ogos 2023

Penduduk di Jalan Sultanah, Batu Pahat digemparkan dengan penemuan mayat lelaki di dalam longkang pada petang Khamis. — Facebook

PENDUDUK di kawasan berhampiran Jalan Sultanah, Batu Pahat, Johor digemparkan dengan penemuan seorang mayat lelaki yang ditemui dalam sebuah longkang pada petang Khamis.

Menurut perkongsian ramai di laman media, mayat terbabit dijumpai terperangkap dalam longkang berdekatan sebuah kedai tayar di yang sekali gus mengundang perhatian orang awam di tempat kejadian.

Beberapa individu kemudiannya difahamkan melaporkan perkara itu kepada pihak polis selepas terhidu bau busuk di kawasan tersebut.

Rakaman kejadian turut dikongsikan di laman media dan tular dalam kalangan warganet.

Difahamkan, jeriji longkang terbabit terpaksa dipotong oleh skuad penyelamat bagi mengeluarkan mayat tersebut

Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis dengan tiada sebarang kenyataan dilaporkan setakat ini.

Ada yang mengandaikan mungkin mayat itu ialah mangsa bunuh selain terdapat juga komen mengatakan mangsa terjatuh sebelum dihanyutkan air pasang.

Begitupun, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram