[VIDEO] Penunggang hilang kaki, pembonceng maut, 2 sahabat rakam senyuman terakhir sebelum motor rempuh 'divider'


  • Benua
  • Isnin, 08 Jul 2024

Kedua-dua mangsa sempat merakam satu video sebelum motor merempuh pengadang jalan dalam kejadian di India pada Jumaat.

SEORANG pembonceng motosikal maut manakala penunggang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan ketika merakam video di jalan pintasan Beed di India pada Jumaat.

Rakaman sebelum kejadian turut dimuat naik di laman X (Twitter) pada hari yang sama dan menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial.

Pegawai polis tempatan memaklumkan, dua individu berkenaan sempat merakam swafoto sebelum motosikal yang dinaiki merempuh pengadang jalan

BACA LAGI: Bot nelayan karam Segenting: Peluang masih hidup tetap ada — Maritim

BACA LAGI: Mangsa kedua bot nelayan karam Tanjung Segenting ditemukan terdampar di Pantai Koris

"Pembonceng, Anirudh Kalkumbe berusia 25 tahun maut, manakala penunggang Madhu Shelke kehilangan kedua-dua kakinya.

"Mereka hendak ke Tuljapur dari Beed ketika kejadian berlaku," katanya pada Sabtu.

Berdasarkan klip berdurasi 36 saat itu, kejadian bermula apabila Anirudh mengeluarkan telefon pintarnya dan mengambil video dan merakam wajahnya yang sedang tersenyum.

Bagaimanapun beberapa saat kemudian, rakaman tersebut terganggu dipercayai akibat kemalangan yang berlaku. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram