Umno tidak bekerjasama dengan PAS selagi Abdul Hadi jadi presiden


  • Politik
  • Isnin, 08 Jul 2024

Umno dan PAS sebelum ini pernah bekerjasama menerusi penubuhan MN.

UMNO tidak akan bekerjasama dengan PAS selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang memegang tampuk pemerintahan parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu diambil berdasarkan pengalaman bekerjasama dengan parti berkenaan sebelum ini.

Menurutnya, banyak keputusan bersama yang dibuat melibatkan kedua-dua parti dikhianati oleh PAS.

BACA LAGI: Ramai ahli mahu kembali kepada Umno, MKT parti putuskan penyertaan semula — Zahid Hamidi

BACA LAGI: [VIDEO] Sempat hadir kenduri kahwin sebelum satu keluarga hanyut dibawa arus sungai di India

WhatsApp Image 2024-07-08 at 16.59.27

Zahid ketika menghadiri Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kuala Kangsar 2024 pada Isnin. — Facebook/ZahidHamidi

"PAS ini membohong dari dulu sampai sekarang. Saya ini saksi hidup bincang empat mata dengan Hadi Awang. Sewaktu berdepan kita setuju, tetapi esok tukar, tidak setuju.

"Jangan percayalah, selagi orang itu (Abdul Hadi) jadi presiden, jangan harap kita bekerjasama dengan parti yang menunggang Islam," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kuala Kangsar 2024 di Dewan Jubli Perak di Kuala Kangsar, Perak pada Isnin.

Jelas Ahmad Zahid, rakan-rakan daripada parti Pakatan Harapan (PH) ikhlas bekerjasama sama ada dalam kerajaan mahupun gerak kerja politik.

Ujarnya, ketika pembentukan Kerajaan Perpaduan di Perak, biarpun Barisan Nasional (BN) hanya mempunyai sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi PH mahu Menteri Besar dipilih dalam kalangan pemimpin BN.

Untuk rekod, Umno dan PAS sebelum ini pernah bekerjasama menerusi penubuhan Muafakat Nasional (MN) yang dibentuk hasil daripada Piagam Muafakat Nasional. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram