Keputusan PRK Sungai Bakap bukti rakyat tolak pemimpin pekakkan telinga, butakan hati dengar penderitaan — Hamzah


  • Politik
  • Ahad, 07 Jul 2024

Abidin (tiga dari kanan) mengekalkan kerusi DUN Sungai Bakap dalam genggaman Perikatan Nasional.

PENINGKATAN jumlah majoriti undi diperoleh Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap merupakan petanda Kerajaan Perpaduan semakin ditolak rakyat.

Barisan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, kekalahan Kerajaan Perpaduan berpunca daripada keangkuhan mereka sendiri.

PRK Sungai Bakap menyaksikan Abidin Ismail meneruskan penguasaan PN di kawasan tersebut dengan menewaskan Dr Joohari Ariffin dengan majoriti sebanyak 4,267 undi.

BACA LAGI: Warga maya buat kesimpulan 'janji tinggal janji' punca utama PH kalah PRK Sungai Bakap

BACA LAGI: Malang sungguh calon terpaksa pikul 'dosa' PKR — Hassan Karim

449987211_1033306718420048_2750667999064064588_n

Hamzah (tengah) mengatakan rakyat sudah mula menolak kerajaan pimpinan Anwar. — Facebook/Hamzah Zainuddin

Menurut Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin, kemenangan PN di Sungai Bakap adalah satu referendum jelas rakyat mula menolak kerajaan yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Lonjakan majoriti sebanyak 4,267 undi yang diterima saudara Abidin Ismail adalah referendum jelas bahawa rakyat menolak kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Keputusan ini juga merupakan bukti rakyat menolak pemimpin sombong dan angkuh, yang sengaja pekakkan telinga dan butakan hati dengan penderitaan rakyat yang terbeban akibat kenaikan kos sara hidup," kata Hamzah menerusi hantarannya di Facebook.

Pimpinan PN turut mengecam tindakan kerajaan kerana melakukan keputusan menarik balik subsidi diesel.

Bagi Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia dianggap sebagai punca kenapa kekalahan calon Kerajaan Perpaduan di Sungai Bakap.

Malah Muhyiddin menyifatkan kerajaan pimpinan Anwar dianggap gagal melaksanakan reformasi institusi serta semakin mencengkam rakyat.

449730096_1054108926073295_8654019336631346293_n

Muhyiddin (kanan) menganggap keputusan menghapuskan subsidi diesel adalah tindakan salah oleh kerajaan. — Facebook/Muhyiddin Yassin

"Ia juga isyarat jelas penolakan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan PH-BN yang menyusah dan merimaskan rakyat.

"Ini termasuk penyasaran subsidi diesel yang menyebabkan kenaikan harga barang dan menambah beban rakyat, kedegilan kerajaan meneruskan penjualan saham MAHB kepada syarikat GIP walaupun ditentang hebat oleh rakyat dan kegagalan kerajaan melaksanakan janji-janji reformasi institusi malah semakin mencengkam kebebasan rakyat," kata Muhyiddin menerusi kenyataan di Facebook.

Bagi Wan Ahmad Fayhsal pula, dia terkejut kerana kemenangan yang diraih PN adalah di kawasan dianggap sebagai kubu kuat PH.

Pada hematnya, kekalahan Kerajaan Perpaduan sepatutnya tidak berlaku kerana ia terjadi di kampung halaman Anwar sendiri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram