Bot nelayan karam Segenting: Peluang masih hidup tetap ada — Maritim


  • 112
  • Sabtu, 22 Jun 2024

Op CARILAMAT bagi empat lagi kru bot nelayan yang masih belum ditemui diperluaskan dengan penambahan radius kawasan pencarian kepada 23 batu nautika persegi. — Maritim Malaysia

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia(Maritim Malaysia) memaklumkan peluang empat nelayan yang hilang untuk ditemui selamat masih ada sekiranya mereka memakai peralatan kecemasan atau berpaut pada mana-mana objek terapung.

Pengarahnya Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, setakat pukul 5 petang Sabtu, pasukan Operasi Mencari dan Menyelamat (Op CARILAMAT) belum menemui sebarang petunjuk.

Menurut laporan Buletin TV3, berdasarkan keterangan mangsa yang terselamat, ketika kejadian kelima-lima nelayan itu sempat keluar dari bot pukat tunda terbabit.

BACA LAGI: Menang tanpa bertanding, Saravanan kekal Timbalan Presiden MIC

BACA LAGI: Rumah tangga retak punca kes suami bunuh isteri di hotel Batu Gajah, suspek serah diri

"Kita masih berharap semua mangsa selamat, kita beranggapan sekiranya mereka memakai peralatan keselamatan dan mungkin mangsa berpaut pada apa-apa objek terapung, ada kemungkinan untuk mangsa selamat masih ada."...atau diselamatkan oleh nelayan lain atau komuniti melalui perairan terbabit, berkemungkinan peluang mereka masih hidup tetap ada.

"Namun, sekiranya apa yang dikatakan tadi tidak berlaku, akan terjadi perkara di sebaliknya,” katanya pada pemberita.

Sebelum ini, empat nelayan yang dilaporkan hilang dalam kejadian 6 pagi Jumaat adalah tekong, Chia Kah Chong, 51, serta awak-awak Lee Poh Ling, 68, Tan Hai Lan, 62, dan Daud Darus@Hamid, 53.Hanya Tan Siak Bin, 43, terselamat dalam kejadian itu selepas ditemui nelayan lain yang kebetulan melalui lokasi kejadian.

Kesemua mangsa dilaporkan keluar ke laut pada pukul 8 malam Khamis melalui jeti nelayan di Kampung Bumiputera Dalam, Rengit.

Beliau berkata, operasi pada hari pertama melangkaui 27 batu nautika sebelum diperluaskan kepada 65 batu nautika membabitkan pencarian di permukaan laut.

"Untuk operasi di udara menggunakan helikopter, kita sudah melangkaui 73 batu nautika. Namun, sekiranya tidak dijumpai sehingga operasi ditangguh hari ini, kita akan perluaskan lagi kawasan percarian.

"Pada masa sama, kita akan tingkatkan pencarian di pesisir pantai memandangkan kawasan geografi di Batu Pahat terdiri lokasi berpaya dan berlumpur.

"Hari ini, sebanyak enam aset laut dan juga dua pesawat digunakan daripada Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, pasukan gerakan udara Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam.” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram