'Jangan jadikan media sosial tempat berbalah' — Sultan Ibrahim


  • Primer
  • Ahad, 07 Jul 2024

Sultan Ibrahim bertitah sewaktu Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat kebangsaan Tahun 1446H/2024M pada Ahad. — Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah agar rakyat tidak menjadikan media sosial sebagai tempat untuk berbalah atau bertengkar.

Memetik The Star, sewaktu Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat kebangsaan Tahun 1446H/2024M di Putrajaya pada Ahad, Sultan Ibrahim bertitah perpaduan kaum dan agama merupakan asas yang perlu dipelihara.

"Jangan buka aib orang lain atau tularkan perkara yang memalukan, kerana ini semua akan menjadi punya perpecahan dan persengketaan," titah Sultan Ibrahim.

BACA LAGI: Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap — PM Anwar

BACA LAGI: KPM saring semula data PAJSK lepasan SPM 2023 yang tercicir

Sultan Ibrahim mengingatkan agar rakyat mengelak daripada menggunaka sebarang bentuk provokasi, hasad dengki, fitnah yang mampu menjadi punca ikatan perpaduan terbina selama ini musnah.

"Kita juga perlu sentiasa menjaga keharmonian ini dengan sikap saling menghormati, saling memahami, serta bertolak ansur.

"Sebagai contoh, penggunaan pembesar suara di masjid dan surau yang kadang kala menimbulkan isu kepada penduduk setempat.

"Sebagai negara Islam, laungan azan ketika masuk waktu solat adalah wajar dibuat dengan kuat. Namun bacaan al-Quran, solat dan kuliyah agama haruslah dibuat untuk dalam kawasan masjid itu sahaja," titah Sultan Ibrahim.

Dalam masa yang sama, Sultan Ibrahim turut mengajak rakyat untuk membuka lembaran baharu dengan niat dan azam lebih positif.

Baginda juga mengajak rakyat untuk mengambil sedikit masa merenung sebentar keadaan diri sendiri, keluarga serta masyarakat sekeliling. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram