SEORANG lelaki berusia 38 tahun yang mengaku sebagai pawang maut dibaham buaya selepas menjalankan upacara untuk menangkap haiwan ganas itu.
Kejadian tersebut berlaku pada 16 September 2017 (Sabtu), namun ditularkan semula di laman X (Twitter) pada Isnin hingga menjadi perbualan ramai.
Insiden yang menimpa lelaki dikenali sebagai Suprianto itu berlaku ketika dia berenang di sebatang sungai di Muara Jawa daerah Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur, Indonesia kira-kira pukul 11 pagi.
BACA LAGI: [VIDEO] Budak 9 tahun maut dibaham buaya ketika mandi sungai di Sandakan
BACA LAGI: 'Bukan kehilangan tapi kita memulangkan', isteri reda rangka ditemui milik Muhammad Syafiq
— Second before disaster (@NeverteIImeodd) July 7, 2024
Sewaktu kejadian, lelaki tersebut difahamkan menawarkan diri untuk menangkap buaya yang membaham seorang remaja, Arjuna, berusia 16 tahun beberapa hari sebelum itu.
Media antarabangsa melaporkan, selepas melakukan upacara menangkap buaya itu, Suprianto turun ke dalam sungai di lokasi Arjuna diserang dan berenang sambil membaca mantera.
Bagaimanapun ketika mahu berenang untuk ke lokasi lain, dia tiba-tiba disambar seekor buaya sebelum jasadnya menghilang diheret ke dasar sungai.
Kejadian tersebut turut dirakam penduduk yang berada di lokasi sebelum berkongsi video berkenaan menerusi laman sosial.
Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan, mayat Suprianto dan Arjuna ditemui terapung di Sungai Muara Jawa pada keesokan harinya, pada pukul 9.40 malam. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram