[VIDEO] Tentera Rusia serang bekalan senjata Nato ke Ukraine


  • Benua
  • Isnin, 01 Jul 2024

Tentera Rusia melancarkan peluru berpandu ke arah tapak pemunggahan kereta api di bandar Ukrainka, wilayah Zaporozhye, Ukraine pada Ahad.

SATU letupan besar dilaporkan berlaku apabila Angkatan Tentera Rusia melancarkan serangan peluru berpandu ke arah tapak pemunggahan kereta api di bandar Ukrainka, wilayah Zaporozhye, Ukraine pada Ahad.

Serangan itu difahamkan tercetus selepas tentera Rusia menyedari gerabak yang membawa barangan keperluan askar Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di stesen Yantsevo, Ukraine.

Perkara itu disedari menerusi dron peninjau 'supercam' yang kemudiannya terus melancarkan peluru berpandu ke arah tren tersebut, sekali gus memusnahkan kenderaan perisai yang tiba di lokasi berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Askar upahan Rusia belot, komplot serangan rampasan kuasa terhadap kerajaan Vladimir Putin

BACA LAGI: [VIDEO] Rakyat Malaysia dikesan sebagai askar upahan wilayah perang Ukraine

Rakaman kejadian dikongsikan di laman X dan meraih perhatian warganet.

"Anak kapal sistem peluru berpandu Iskander-M telah melancarkan serangan di tapak pemunggahan kereta api di kawasan kampung Ukrainka, wilayah Zaporozhye.

"Sejumlah askar Tentera Ukraine, kereta berperisai M-113 buatan Amerika Syarikat, lori tangki bahan api, sistem pertahanan udara BUK M1, BMP-2 dan kargo lain antara yang musnah dalam serangan tersebut," kata Jabatan Tentera Rusia menerusi kenyataan.

Terdahulu, tentera Rusia dilaporkan turut melancarkan serangan ke arah gudang Ukraine yang juga merupakan lokasi penyimpanan peluru berpandu di Matveevka.

Perang Rusia-Ukraine telah berlarutan sejak dua tahun lalu dan pertempuran itu dijangka berterusan untuk beberapa tahun akan datang.

Pada Ogos 2023, laporan antarabangsa memetik Pegawai Amerika Syarikat (AS) yang memaklumkan kadar kematian tentera Ukraine adalah sekitar 70,000 mangsa, manakala antara 100,000 hingga 120,000 cedera.

Laporan itu turut menyatakan anggaran seramai 120,000 maut dan antara 170,000 hingga 180,000 cedera di pihak Rusia.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram