[VIDEO] Askar upahan Rusia belot, komplot serangan rampasan kuasa terhadap kerajaan Vladimir Putin


  • Benua
  • Sabtu, 24 Jun 2023

Sekumpulan tentera askar upahan Wagner Prigozhin menjalankan pemberontakan terhadap kerajaan Rusia. — Agensi

PENGASAS kumpulan Organisasi Tentera Rusia, Yevgeny Progozhin dituduh cuba melancarkan serangan rampasan kuasa terhadap Presiden Vladimir Putin susulan pemberontakan bersenjata yang dianjurkan.

Video yang tersebar luas di media sosial menunjukkan kenderaan berperisai tentera dan pengawal negara itu telah dikerahkan di Moscow dan bandar selatan Rostov-on-Don, Ukraine yang merupakan tempat pejuang Prigozhin beroperasi.

Prigozhin pada Jumaat lalu mendakwa tentera Rusia telah menyerang pasukan Wagnernya dan dia berjanji akan bertindak balas terhadap perkara itu.

Sementara itu, pihak berkuasa Rusia pula dalam masa sama menuduh Prigozhin sengaja cuba mencetuskan peperangan.

"Ini adalah satu bentuk tikaman dan rampasan kuasa di belakang negara dan presiden," ujar Jeneral Vladimir Alekseyev, timbalan ketua agensi perisikan tentera Rusia.

Pasukan tentera upahan Wagner Prigozhin telah terbukti penting dalam usaha perang Rusia di Ukraine, tetapi dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dia berulang kali menghukum kerajaan Rusia kerana dakwaan rasuah dan sikap sambil lewa terhadap kepentingan askar.

Prigozhin mencadangkan agar pasukan Wagner bersedia untuk menyerang Kementerian Pertahanan Rusia, dengan berkata, "Kami terdiri daripada 25,000 orang dan akan melancarkan serangan," ujarnya.

Dia turut menafikan bahawa tindakan itu adalah satu bentuk rampasan kuasa, sebaliknya menganggap ia sebagai perarakan keadilan.

Selain itu, dia juga menuduh menteri pertahanan Rusia, Sergei Shoigu telah mengetuai serangan maut dengan peluru berpandu dan helikopter di kem askar belakang barisan Rusia di Ukraine.

Kementerian pertahanan Rusia menafikan dakwaan tersebut dan ketua pendakwa raya negara terbabit mengumumkan bahawa Prigozhin sedang disiasat kerana disyaki menganjurkan pemberontakan bersenjata selain akan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didakwa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram