[VIDEO] Rakyat Malaysia dikesan sebagai askar upahan wilayah perang Ukraine


  • Benua
  • Khamis, 25 Jan 2024

Tentera upahan rakyat Malaysia dikesan beroperasi di bandar Donetsk, Ukraine. — Agensi

SEJUMLAH rakyat Malaysia dikesan berkhidmat sebagai askar upahan Rusia di wilayah perang Donetsk, lapor kerajaan Ukraine.

Menurut National Resistance Centre of Ukraine yang merupakan agensi Tentera Operasi Khas Ukraine, tentera upahan tersebut turut dikesan diiringi seorang penterjemah dan bekas ahli The Wagner Group di kawasan latihan bandar terbabit.

The Wagner Group, atau juga dikenali sebagai PMC Wagner merupakan sebuah syarikat tentera swasta (PMC) dibiayai negara Rusia.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tiada yang mustahil, fans kongsi video Harimau Malaya pernah benam ego Korea Selatan

Wagner dilaporkan berada di bawah kawalan Yevgheny Prigozhin yang merupakan bekas sekutu rapat Presiden Rusia Vladimir Putin sebelum dia disahkan maut dalam nahas pesawat pada Ogos 2023.

Menurut National Resistance Centre of Ukraine, selain rakyat Malaysia, beberapa wargananegara lain termasuk Nepal, Belarus, Serbia dan Cuba turut dikesan berkhidmat bersama tentera Rusia memerangi askar Ukraine.

Agensi itu dengan tegas berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mereka yang berjuang bersama tentera penceroboh Rusia.

Malah, mereka menggesa orang awam untuk menyalurkan maklumat tentang aktiviti musuh.

Perang Ukraine-Rusia kini memasuki tahun ke-10 dan Moscow melakukan pencerobohan secara besar-besaran pada 2022 dengan anggaran korban kini mencecah 500,000 orang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram