PASANGAN pengantin terpaksa dipikul dan dinikahkan dalam keadaan terapung susulan keadaan kawasan terlampau sempit di sebuah daerah Indonesia dalam kejadian pada Isnin.
Malah, situasi bertambah sukar apabila laluan berkenaan turut sesak dan dipenuhi beberapa buah kenderaan motosikal yang terpaksa menyelit di bawah pelamin pengantin tersebut.
Beberapa buah meja makan dan kerusi turut disusun di hadapan pelamin berkenaan sambil dihadiri tetamu yang sedang menikmati juadah majlis itu.
Keunikan suasana perkahwinan itu meraih perkongsian dan tular di laman X sejak Selasa.
Arus lalu-lintas Terpantau Tidak padat tapi merayap pic.twitter.com/xtwO29MaRz
— Miss Tweet | (@Heraloebss) June 18, 2024
Dalam pada itu, kejadian sedemikian dilaporkan bukan kali pertama berlaku apabila ada pasangan pengantin sebelum ini turut dinikahkan dengan cara tersebut pada 28 November 2021.
Menggunakan konsep perkahwinan 'terapung', beberapa kenderaan masih boleh melintasi laluan tersebut melalui ruang di bawah pelamin berkenaan.
Jurugambar juga dipercayai sudah terbiasa dengan situasi tersebut apabila rata-rata kediaman dengan ruang yang sempit, akan menjalankan kaedah perkahwinan sedemikian rupa.
Namun, segelintir pihak turut menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan tetamu dan pengantin sepanjang majlis itu berlangsung. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram