[VIDEO] Bakar segera sebelum melarat, mangsa ‘buhul sihir’ boleh sengsara, mimpi buruk — Agamawan


  • Massa
  • Selasa, 18 Jun 2024

Tangkap layar bungkusan kecil yang diikat benang seakan-akan buhul sihir di atas kubur Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad.

PENEMUAN bungkusan kecil yang diikat benang berwarna kuning pada kubur Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad pada Isnin meraih perhatian masyarakat negara.

Perkara itu dikongsikan keluarga bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di TikTok yang dipercayai hasil perbuatan sihir si pelaku.

Lebih mengejutkan, buhul sihir tersebut ditemukan atas pusara bapa kepada Muhyiddin Yassin pada pagi Hari Raya Aidiladha.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kita tahu ini syirik', bungkusan berbalut benang disyaki buhul sihir atas kubur ayah Muhyiddin

BACA LAGI: [VIDEO] Didakwa tidak patuhi SOP sembelihan, gadis melambung ke udara ditanduk lembu korban

Menerusi perkongsian Danial Farhan di TikTok memaparkan bungkusan kecil tersebut ditemukan di atas pusara Allahyarham dekat Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 1, Muar, Johor.

@dnlfrhn11 Kubur sebelah, tg lain dan isteri arwah atok pun ada juga. Banyak sangat. #syirik ♬ Astaghfirullah - Hafiz Hamidun

Mengulas lanjut hal itu, Pensyarah dan Pakar Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof Madya Dr Ahmad Yunus Mohd Nor berkata, bungkusan itu perlu segera dibuang dan dibakar sebelum sihirnya mula melarat pada mangsa.

"Barangan tahyul dan khurafat seperti itu perlu dicampak dalam laut ataupun lebih baik dibakar segera kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada si mangsa.

"Mangsa yang terkena buhul sihir ini boleh mengalami mimpi buruk, fikiran tidak tenteram dan sengsara kehidupan jika tidak diubati.

"Ahli keluarga segera bakar dan pergi berubat di pusat agama atau dengan ilmuan agamawan," katanya kepada Majoriti.

Dalam pada itu, beliau turut merungkai bahawa pelaku berkemungkinan menyasarkan sihir itu kepada waris ataupun ahli keluarga Allahyarham atas tujuan tidak baik.

"Perbuatan sihir di pusara kubur ini biasanya disasarkan kepada waris keluarga si mati, jadi sesiapa yang menyentuh ataupun membuka balutan bungkusan itu mungkin dalam bahaya.

"Sebaiknya terus bakar dan bacakan ayat-ayat Ruqyah pada kubur arwah dan diri sendiri agar tidak diekori sihir berkenaan," tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram