Cadangan pencarian semula MH370 dibentang ke Kabinet Ogos depan — Anthony Loke


  • Primer
  • Jumaat, 10 Mei 2024

Loke sebelum ini dilaporkan berkata, syarikat terbabit telah mengemukakan cadangan bersama bukti dan maklumat terkini untuk penilaian pihak berkuasa berkaitan di bawah kementeriannya bagi meneruskan usaha mencari MH370. — Agensi

CADANGAN syarikat robotik marin Amerika Syarikat (AS), Ocean Infinity untuk menyambung semula pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370, yang hilang dalam perjalanan ke Beijing, China, 10 tahun lalu, akan dibentangkan kepada Kabinet pada Ogos depan.

"Kita memerlukan masa kerana kita kena dapatkan perincian cadangan daripada Ocean Infinity itu sebelum boleh mengemukakannya kepada Kabinet. Ia akan dibawa ke Kabinet pada Ogos," kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Loke, yang juga Ahli Parlimen Seremban bercakap kepada pemberita selepas majlis di sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan yang turut dihadiri Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Dr Roslan Hussin.

BACA LAGI: Pokok tumbang: Kena sentiasa pantau sebab tumbuhan berubah setiap hari — Pakar

BACA LAGI: Keputusan SPM diumum 27 Mei

Transport Minister Anthony Loke Siew Fook speak to the media after distribute the  1,000 hari raya packet filled with cookies, dodol, drinks, kurma and money packet to the passenger were boarding at KTM KL Sentral in Kuala Lumpur, yesterday. MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Sebelum ini, Loke dilaporkan berkata, syarikat itu telah mengemukakan cadangan bersama bukti dan maklumat terkini untuk penilaian pihak berkuasa berkaitan di bawah kementeriannya bagi meneruskan usaha mencari MH370.

Persatuan Untuk Keluarga Penumpang dan Anak Kapal MH370 baru-baru ini mendedahkan di Facebook bahawa Ocean Infinity telah mengemukakan cadangan bagi meneruskan usaha pencarian kepada Loke.

Antara lain, syarikat itu mencadangkan untuk menjalankan operasi pencarian tanpa mengambil bayaran selagi pesawat berkenaan tidak ditemui.

Pada 8 Mac 2014, pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 orang terdiri daripada 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram