SEKURANG-KURANGNYA 15 maut manakala lebih 60 individu lagi dimasukkan ke hospital selepas kereta api penumpang ekspres bertembung dengan sebuah kereta api barang di negeri Bengal Barat India, pada Isnin.
Pegawai polis berkata, penyelamat sedang memeriksa tiga gerabak penumpang yang tergelincir untuk mengenal pasti jika terdapat lebih banyak mayat yang terperangkap di bawahnya.
Kereta api barangan itu melanggar Ekspres Kanchanjunga yang dalam perjalanan ke Kolkata, ibu kota Bengal Barat, dari negeri timur laut Tripura sekali gus menyebabkan gerabak kereta api penumpang terkeluar dari landasan.
BACA LAGI: [VIDEO] Salah hantar signal, 2 kereta api bertembung hingga korbankan 13 nyawa
BACA LAGI: Anak kena kudis buta sampai kuku tercabut, doktor kongsi petua elak kutu berjangkit
Eight people have died and around 25 have been injured in a train crash in the eastern Indian state of West Bengal. The accident occurred when a goods train hit a stationary passenger train, the Kanchenjungha Express, in the New Jalpaiguri area on Monday morning. pic.twitter.com/eikfR2buUl
— BBC News India (@BBCIndia) June 17, 2024
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan berapa ramai penumpang yang berada di dalam gerabak ketika itu.
Ketua lembaga kereta api yang mengendalikan rangkaian di seluruh negara, Jaya Varma Sinha berkata, mangsa yang maut termasuk pemandu kereta api barang dan pengawal kereta api penumpang.
"Kemalangan itu berlaku selepas pemandu kereta api barang tidak mengendahkan isyarat dan melanggar bahagian belakang kereta api ekspres," jelasnya.
Insiden itu adalah yang terbaharu melanda rangkaian kereta api India, yang membawa berjuta-juta penumpang setiap hari.
Operasi menyelamat mangsa yang terlibat dalam kejadian itu sedang dijalankan. — Agensi
Sementara itu, wakil daripada Pasukan Perlindungan Kereta Api, Rajesh Kumar Singh memaklumkan, mereka hanya melihat mayat pemandu dan pengawal yang maut dibawa keluar.
"Beberapa lagi mayat mungkin berada di bawah tapak nahas, tetapi kami belum mengetahui dengan lebih tepat.
"Kami hanya melihat mayat pemandu dan pengawal yang maut, mayat mereka dibawa keluar," katanya kepada AFP.
Pada masa sama, Perdana Menteri, Narendra Modi turut mengucapkan ucapan takziah kepada mereka yang kehilangan insan tersayang dalam nahas itu.
"Operasi menyelamat sedang dijalankan," katanya menerusi hantaran di media sosial pada Isnin.
Katanya lagi, mangsa akan menerima sejumlah pampasan berdasarkan tahap kecederaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram