[VIDEO] Rakyat Malaysia terjatuh kapal di perairan Bangladesh, rakan sekerja mohon doa semua


  • Tular
  • Rabu, 08 Mei 2024

Tangkap layar video memaparkan kapal di perairan Bangladesh dipercayai lokasi mangsa terjatuh.

SEORANG rakyat Malaysia dipercayai terjatuh daripada kapal ketika berada di perairan Bangladesh pada Rabu.

Menerusi hantaran dimuat naik di Twitter (X) @DanialDDD, mangsa yang juga pekerja kapal itu masih belum ditemui.

BACA LAGI: Mengaku Imam al-Mahdi, Pahang pantau ajaran sesat 'Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya'

BACA LAGI: Pemuda OKU terbunuh, satu famili dirompak penjenayah tidak berhati perut di Bukit Mertajam

GNDSGUdbQAA9_LZ

Tangkap layar skrin mesej yang dikongsikan pengguna Twitter itu. — Twitter

Pengguna tersebut juga berkongsi video memaparkan keadaan laut di lokasi kejadian.

"Seorang rakan seperjuangan jatuh laut hari ini (Rabu) dekat Bangladesh. Semoga dipermudahkan urusan mencari dan menyelamat (SAR) pasukan dari Bangladesh Coast Guard.

"Sempat campur dengan dia last ship. Semoga sahabat-sahabat lain pulang dengan selamat," tulisnya.

Setakat berita ini ditulis, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram