REJIM Zionis tanpa henti melanggar arahan antarabangsa, selain tidak mengendahkan gesaan dunia.
Serangan terbaharu menyaksikan sebuah helikopter Israel melepaskan tembakan ke atas Rafah, sebuah kawasan pelarian terpadat di dunia baru-baru ini.
Serangan terbaharu ini turut menyebabkan kepulan asap gelap memenuhi kawasan itu.
BACA LAGI: AS ugut henti hantar senjata ke Israel jika Rafah diserang
Sebelum ini, Israel menghantar kereta kebal dalam serbuan ke Rafah pada minggu lalu dan meramalkan perang dan pembunuhan beramai-ramainya ke atas rakyat Palestin di Gaza akan berterusan sepanjang tahun.
Tanpa rasa bersalah, baru-baru ini rejim Zionis secara terang-terangan memuat naik video serangan mereka ke atas Rafah menggunakan teknologi dron untuk menjatuhkan bom di sebuah tapak bangunan.
Menerusi perkongsian video yang tular di media sosial sejak Ahad, tentera Zionis turut melakukan serangan di kawasan perkemahan yang menempatkan wanita, kanak-kanak serta warga emas.
Dalam video itu juga kelihatan rakyat Palestin terbunuh meskipun tidak melakukan sebarang serangan atau ancaman terhadap tentera Zionis yang dilihat sengaja menjatuhkan bom ke atas mangsa yang berlindung di dalam bangunan tersebut.
This is extremely disturbing....
Israeli soldiers released footage of quadcopters being used to target people in Rafah. Several attacks on tents of displaced families using quadcopters have been documented, the latest being last Tuesday's massacre targeting the Aqel family. pic.twitter.com/NLT6mbOejZ
— Suppressed News. (@SuppressedNws) June 3, 2024
Untuk info, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah pun mengeluarkan perintah untuk rejim Zionis menamatkan serangannya ke atas Rafah, di mana ramai rakyat Palestin telah berlindung daripada pengeboman.
Mahkamah dunia berkata, Israel tidak menjelaskan bagaimana ia akan memastikan mangsa yang dipindahkan dari Rafah selamat dan menyediakan makanan, air dan ubat-ubatan.
Sejak bulan lalu, angka kematian rakyat Palestin mencecah lebih 35,000 orang ketika Israel kembali menyerang Gaza kononnya untuk menghapuskan lokasi persembunyian Hamas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram