[VIDEO] Belum sempat tunjuk gengster, 2 pembuli ditembak di lebuh raya


  • Benua
  • Sabtu, 23 Dis 2023

Tangkap layar video memaparkan insiden yang berlaku di Jalan Timur Fort Wayne, Indiana, Amerika Syarikat pada 19 November lepas.

DUA pembuli jalan raya menerima padah selepas mereka ditembak pemandu lain dalam satu kejadian di di Jalan Timur Fort Wayne, Indiana, Amerika Syarikat pada 19 November lepas.

Pemandu tersebut dilaporkan bertindak menembak kedua-dua lelaki berkenaan selepas salah seorang daripada mereka bertindak di luar kawalan sehingga mencetuskan pergaduhan.

Polis Fort Wayne dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berlakunya insiden tembak-menembak sekitar 12.05 tengah hari berhampiran lokasi kejadian.

"Pemandu itu menembak lengan lelaki tersebut tetapi tembakan itu turut terkena seorang lagi lelaki yang berada di lokasi kejadian," katanya.

Dalam pada itu, kejadian yang sempat dirakam kamera papan pemuka (dashcam) itu memperlihatkan seorang wanita yang keluar dan menjerit apabila mendengar tembakan tersebut.

Namun, polis mengesahkan bahawa kedua-dua mangsa yang ditembak itu hanya mengalami cedera ringan.

Sementara itu, polis juga telah menahan pemandu terbabit atas kesalahan melakukan jenayah dengan mencederakan orang menggunakan senjata api. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram