[VIDEO] Lelaki maut lepas berbalas tembakan dengan polis di Puchong Prima ada 14 rekod jenayah


  • 112
  • Ahad, 14 Jan 2024

Tangkap layar insiden tembakan membabitkan seorang lelaki di Puchong Prima, Puchong, Selangor pada petang Ahad.

SEORANG lelaki dilaporkan maut dalam insiden berbalas tembakan dengan anggota polis di Puchong Prima, Puchong, Selangor pada petang Ahad.

Kejadian itu mencetuskan kekecohan orang awam yang rata-ratanya lari bertempiaran dan menjerit akibat bunyi tembakan tersebut.

Dirakamkan saksi kejadian dari sebuah kediaman flat berhampiran, individu lelaki tersebut dilihat melepaskan tembakan ke arah polis sambil melarikan diri dari lokasi kejadian.

BACA LAGI: [VIDEO] Kecoh tembakan rambang di pusat beli-belah, polis sahkan rupanya bunyi kerusi besi

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek merupakan seorang lelaki tempatan yang mempunyai tujuh rekod jenayah, enam rekod kesalahan narkotik dan satu rekod dikehendaki pihak polis.

Katanya, suspek maut selepas berbalas tembakan di hadapan Apartment Sri Acasia, Taman Puchong Prima sekitar pukul 3.49 petang.

"Siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak Bahagian Siasatan Jenayah IPD Subang Jaya, Selangor," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

BACA LAGI: [VIDEO] Tembak YouTuber masa kena 'prank', penghantar makanan terlepas hukuman meringkuk dalam jel 20 tahun

Susulan kejadian itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Individu yang mempunyai maklumat boleh juga menghubungi IPD Subang Jaya di talian 03-78627222.

"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menularkan video tersebut yang mana boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram