[VIDEO] ‘Memang kawasan maut’, bapa maut digilis lori lepas jemput anak perempuan pulang sekolah di Jalan Sungai Tua


  • 112
  • Khamis, 21 Mac 2024

Mangsa tahun maut di tempat kejadian selepas cedera parah di bahagian kepala dan badan dalam kemalangan di Jalan Sungai Tua, Selayang, Gombak, Selangor pada Rabu. — Facebook/AsalGombak

SEORANG bapa yang baru sahaja mengambil anak perempuannya pulang dari sekolah maut selepas motosikal ditunggangnya digilis lori dalam kemalangan di Jalan Sungai Tua, Selayang, Gombak, Selangor pada Rabu.

Dalam kejadian tersebut, mangsa berusia 39 tahun maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan sementara anaknya yang membonceng motosikal terbabit terselamat namun mengalami kecederaan di kepala serta tangan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu kira-kira pada pukul 6.11 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati semasa kejadian, lori terbabit yang dipandu lelaki berumur 52 tahun sedang datang dari arah Sungai Tua.

"Setibanya di lokasi kejadian pemandu lori berkenaan mendakwa mendengar bunyi kuat di bahagian belakang lori sebelum memberhentikan lorinya.

"Pemandu kemudian mendapati terdapat sebuah motosikal di bahagian bawah lorinya itu.

"Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Pembonceng dipercayai anak mangsa berumur lapan tahun itu pula mengalami kecederaan di kepala dan tangan," katanya dalam satu kenyataan.

BACA LAGI: [VIDEO] Peniaga mengamuk, siap ugut nak pancung kepala penguat kuasa gara-gara isu lesen

433483116_438279708574657_2616236303616898580_n

Keadaan motosikal ditunggang mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Sungai Tua, Selayang, Gombak, Selangor pada Rabu. — Facebook

Menurut Noor Ariffin, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Selayang untuk dibedah siasat sementara anaknya yang cedera dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Suharman Che Musa di talian 019-6751727," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA LAGI: [VIDEO] Kotak hitam helikopter APMM terhempas di Klang masih belum ditemui

Dalam pada itu, di ruangan komen, terdapat warganet yang membangkitkan mengenai tahap keselamatan di kawasan berkenaan yang dikatakan selalu sesak dengan lori.

"Baru seminggu lepas kemalangan dekat lampu trafik Sungai Tua. Abang maut balik ambil adik dia sekolah. Sekarang ayah pula maut balik ambil anak dia sekolah.

"Semoga keluarga mangsa diberikan kesabaran dan tabah," tulis Nining Ardiningsih.

"Mungkin lepas ni kena ada khidmat Rela (Sukarelawan Malaysia) untuk kawal lalu lintas. Waktu puncak ni memang agak berbahaya," ujar Addeen Yusri.

Isu mengenai kehadiran lori di kawasan sehingga membahayakan orang ramai turut diakui oleh seorang netizen dipercayai guru di sekolah berdekatan lokasi.

"Speed breaker memang dah ada, tapi kita yang duduk dalam bangunan sekolah betul-betul sebelah jalan boleh dengar kenderaan-kenderaan besar laju redah speed breaker sampai keluarkan bunyi macam train tengah lalu. Bising tahap gaban," tulis Noor Akmar Norikhsan.

Sehubungan itu, rata-rata netizen meminta agar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan bagi menghadkan keberadaan kenderaan berat di sekitar jalan tersebut khususnya ketika waktu murid datang dan pulang sekolah.

"Masa budak sekolah balik, lori janganlah masuk. Ini tidak, masa budak sekolah keluar, waktu itulah lori-lori besar nak lalu. Ini selamat belum langgar budak-budak sekolah balik," ujar Mohd Syazwan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram