SELEPAS lapan tahun, pihak polis masih belum berhasil menangkap tiga lagi suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan kejam seorang gadis dan kekasihnya pada tahun 2016.
Kes pembunuhan Vina Dewi Arsita atau lebih dikenali sebagai Vina yang berumur 16 tahun ketika itu dan teman lelakinya, Muhammad Rizky (Eky) masih belum selesai sehingga hari ini.
Timbul dakwaan ketika ini bahawa salah seorang daripada tiga suspek berkenaan merupakan anak kepada seorang pegawai polis Indonesia.
BACA LAGI: Dua anggota maut ditembak dan ditetak, suspek bertopeng serang Balai Polis Ulu Tiram
Sebelum korang tengok movie #Vina, bolehlah baca artikel dan tengok2 supaya lebih faham. Seram + kesian dengar audio kawan #vina kesurupan#vina #cirebon #indonesia pic.twitter.com/95vfiSkFq6
— iftitah_rozlan (@iftitahrozlan) May 17, 2024
Pihak polis negara jiran bagaimanapun tampil menafikan khabar angin yang kini bertebaran dalam kalangan masyarakat Indonesia.
Ketua Polis Daerah Kabid Jawa Barat, Jules Abraham Abast berkata, hasil siasatan mendapati dakwaan tersebut adalah sama sekali tidak benar.
Menurut beliau, sebaliknya anak polis yang dimaksudkan ialah Eky.
"Maksudnya mangsa (Eky) ialah anak anggota polis, bukan suspek.
"Kalau ada berita yang mengatakan kami menutup identiti mereka, itu tidak benar," katanya pada Rabu.
Jules memaklumkan, sehingga kini pihaknya masih memburu ketiga-tiga suspek dengan kesemua mereka dimasukkan dalam senarai individu dikehendaki.
"Kami masih mencari maklumat berkaitan status dan keberadaan tiga individu tersebut, termasuk pergi ke alamat rumah yang berkaitan atau kami cari sekolah ibu bapa dan saudara mara mereka," jelasnya.
Mayat Vina dan Eky ditemukan meninggal dunia dalam keadaan mengerikan di sebuah jejambat di Cirebon, Jawa Barat, Indonesia. — Agensi
Beliau menambah, berdasarkan siasatan, tiga suspek itu bernama Dani, Andi dan Pegi alias Perong, namun belum dikenal pasti sama ada ia adalah nama sebenar atau samaran.
Mengulas lanjut mengenai tiada penangkapan ke atas suspek berkenaan sehingga kini, Jules memberitahu, ia disebabkan identiti sebenar mereka masih menjadi tanda tanya.
"Sejak 2016, saksi yang disoal siasat polis dan lapan suspek yang ditahan tidak mengetahui identiti sebenar ketiga-tiga lelaki itu," jelasnya.
Untuk rekod, mayat Vina dan Eky ditemui dalam keadaan mengerikan di sebuah jejambat di Cirebon, Jawa Barat, Indonesia pada 28 Ogos 2016.
Pihak polis termasuk keluarga kedua-dua mangsa pada awalnya beranggapan kematian adalah disebabkan kemalangan jalan raya.
Rakan-rakan mangsa bagaimanapun tampil menjelaskan situasi sebenar bahawa Vina dan Eky dibunuh sekumpulan geng motor.
Selepas mendapatkan keterangan rakan-rakan Vina dan Eky, polis menyimpulkan kematian pasangan kekasih itu sebagai pembunuhan terancang 11 individu, dengan lapan daripadanya sudah ditangkap pada 31 Ogos tahun sama.
Kisah pembunuhan Vina dan Eky kembali menjadi bualan hangat ketika ini selepas peristiwa tragis itu diangkat ke layar perak bermula 16 Mei lalu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram