SEBELUM ini media melaporkan kekecohan melibatkan bapa penyanyi tersohor Indonesia, Ayu Ting Ting dengan jemaah dari Malaysia ketika menunaikan ibadah haji.
Insiden tersebut sempat dirakam individu lain yang turut berada di lokasi kejadian sebelum dimuat naik di media sosial pada Isnin.
Dalam kejadian itu, Abdul Rozak atau lebih dikenali sebagai Ayah Ojak didakwa berang selepas terdapat jemaah haji Malaysia yang bertindak menggelar Indonesia sebagai negara miskin.
BACA LAGI: [VIDEO] Lepas Jakarta dikecam, TikToker Indonesia mula misi balas dendam 'serang' KL
BACA LAGI: 'Raffi kata nak masuk parti politik,' PM Anwar usik pempengaruh terkenal Indonesia
Tidak berpuas hati dengan tuduhan tersebut, Ayah Ojak kemudiannya membidas dan menyatakan bahawa ramai rakyat Indonesia yang kaya dan berjaya, tidak hanya penduduk Malaysia.
Dia malah memberikan amaran kepada mereka yang menghina Indonesia supaya tidak bercakap perkara yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai.
Bagaimanapun difahamkan, kekecohan itu sama sekali tidak mengganggu ibu kepada penyanyi dangdut itu menjalani ibadah hajinya.
Umi Kalsum (kiri) menunaikan haji bersama bakal mertua, Fauziyah Lina menjelang hari pernikahan selebriti itu. — Instagram/Umi Kalsum
Menjengah ke laman Instagram ibunya, @mom_ayting92, wanita bernama Umi Kalsum itu turut berkongsi beberapa foto dirinya bersama jemaah lain berserta suasana di Madinah.
Difahamkan, ibu bapa selebriti itu menunaikan ibadah haji bersama bakal mertua anaknya, Fauziyah Lina menjelang hari pernikahan Ayu Ting Ting bersama Leftenan Satu Tentara Nasional Indonesia (TNI), Muhammad Fardhana. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram