PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa jika terdapat bukti pemindahan kapal ke kapal minyak Iran di perairan Malaysia.
Beliau berkata, Amerika Syarikat (AS) setakat ini tidak memberikan sebarang bukti yang menyokong dakwaan tersebut.
"Jika ada, maka kita perlu mengawalnya. Setakat ini, kita terima keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tetapi pastinya kita tidak bersetuju dengan sekatan sebelah pihak yang dikenakan AS.
BACA LAGI: AS bimbang, pantau pemindahan minyak dari kapal ke kapal di perairan Malaysia
BACA LAGI: 'Kami pasti akan campur tangan', AS terus pantau Malaysia lepas berhasil sekat 4 syarikat disyaki bantu Iran
"Pendirian kita ialah sekatan hanya boleh diputuskan oleh PBB. Jika mereka (AS) mempunyai bukti, sudah tentu kami perlu menghentikan (entiti Malaysia daripada terlibat dalam aktiviti yang diharamkan oleh sekatan PBB)," katanya.
Anwar menegaskan tiada sebarang bukti menunjukkan berlakunya pemindahan dari kapal ke kapal membabitkan minyak Iran.
Anwar berkata demikian dalam wawancara 'Talk To Al Jazeera', yang disiarkan pada pagi Ahad.
Pada 9 Mei lalu, Setiausaha Perbendaharaan bagi Keganasan dan Perisikan Kewangan AS, Brian Nelson, mendakwa pasukan keselamatan negara itu sudah memantau pemindahan minyak dari kapal ke kapal di perairan Malaysia.
Perdana Menteri kemudian mengulas kebimbangan dibangkitkan Washington berhubung tindakan Iran yang didakwa mereka menggunakan penyedia perkhidmatan Malaysia untuk memindah minyaknya.
Anwar turut menegaskan tiada sebarang bukti menunjukkan berlakunya pemindahan dari kapal ke kapal membabitkan minyak Iran yang disekat di luar perairan Malaysia.
Jelas beliau, pihaknya bahkan sudah memberikan aku janji yang jelas bahawa Malaysia tidak melanggar peraturan antarabangsa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram